KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 13, 2008

SPR cuba tutup rahsia ?

Bila melihatkan tajuk berita ... Isu karung undi dijumpai di sungai
dalam kepala dah terbayang dah membayangkan pelbagai persepsi buruk terhadap SPR dan jentera pilihanraya di Sarawak.

Menariknya, secepat kilat. Nazri aziz, Menteri di Jabatan perdana menteri, memberikan jawapan memberitahu bahawa karung Undi Pos yang di temui tidak mengandungi sebarang kertas undi. Menurutnya,

Karung undi pos di dalam sebatang sungai di Menggatal, Sabah yang ditemui Julai lepas tidak melibatkan kertas undi pos bagi pilihanraya umum Mac tahun ini kerana tiada sebarang kertas undi yang ditemui..
Dengan maksud lain, tiada penipuan yang berlaku. Hati jadi lega .. tapi timbul pulak persoalan lain..

Antaranya ... kenapa jumlah karung yang hilang tidak di istiharkan selepas hari mengundi. Kalau ianya tidak berlaku pada bulan Mac yang lepas, bila dan bagaimana ianya tidak di dedahkan kepada umum?

Sudah pasti, SPR yang kononnya cukup professional di dalam menganjurkan pilihanraya setiap tahun, sudah mempunyai sistem 'stock control' bagi mengawal peralatan pilihanraya termasuk peti undi, poster dan kampit undi pos yang dikeluarkan di dalam setiap kali pilihanraya.

Kalau lah ... Kampit undi itu berusia tua .. bertahankah kertas undi yang terdapat di dalam itu dan sejauh mana ketelusan berita dan pihak berkuasa di dalam menyiarkan berita sehingga kita benar benar percaya bahawa kampit itu tidak mempunyai kandungan yang mencurigakan.

SPR .... mungkin nak cuba selamatkan diri. Melalui pengalaman, mengelak kita mempercayai sebarang kenyataan dan berita yang dikeluarkan oleh Media arus perdana. Kita harus waspada kerana di sekeliling kita ada penipu yang ingin terus untuk menipu.

1 comments:

mountdweller said...

Kalau tidak terkejut takkan beruk melompat!

Kenapa dahan yang patah, beruk yang melatah?

Posting terkini

Blog Archive