KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 31, 2008

Panik lepas larian di Shah Alam



SEORANG kanak-kanak terpaksa dijulang untuk mencari ibu bapanya manakala ribuan yang lain turut cemas sebaik sahaja acara maraton Vitagen Run For Fun di Stadium Shah Alam berakhir semalam.
Kosmo
SHAH ALAM - Keseronokan kira-kira 14,000 kanak-kanak yang menyertai maraton Vitagen Run for Fun di Stadium Shah Alam semalam bertukar cemas apabila sebahagian besar daripada mereka tidak dapat mencari ibu bapa masing-masing selepas acara ber-akhir.

Situasi kelam-kabut itu berlaku ekoran kumpulan peserta berusia tujuh hingga 15 tahun itu dikumpulkan di satu kawasan berpagar dan terpisah daripada ibu bapa mereka.

Menurut saksi, insiden itu berlarutan hampir sejam dengan ada peserta mula menangis sambil meraung memanggil ibu bapa masing-masing.

Pada masa sama, perasaan cemas itu turut dirasai oleh ibu bapa mereka yang tercari-cari anak sehingga ada yang terpaksa memanjat pokok dan pagar dengan memekik-mekik nama anak masing-masing.

Pihak penganjur telah cuba menyelesaikan masalah dengan kakitangan urus setia menyebut nama serta nombor telefon setiap peserta dengan pembesar suara agar memudahkan ibu bapa bertemu semula dengan anak mereka.

Namun begitu, alat pembesar suara itu pula bertukar tangan selepas ada ibu bapa yang hilang sabar, mengambilnya dan memanggil sendiri anak masing-masing.

Sementara itu, jurucakap penganjur memberitahu Kosmo! bahawa mereka hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive