BUAYA julung-julung yang berjaya dirakamkan oleh seorang pekerja binaan di tebing Sungai Terengganu di Pulau Duyong semalam.
KUALA TERENGGANU - Kemunculan tiga ekor buaya dikenal pasti sebagai spesies julung-julung di muara Sungai Terengganu baru-baru ini menimbulkan tanda tanya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) negeri itu.
Ini kerana menurut Pengarahnya, Rozidan Md. Yasin, spesies tersebut tidak pernah muncul di negeri ini ditambah pula keadaan persekitaran air tawar memang tidak sesuai untuk reptilia berkenaan.
"Sebelum ini kami hanya menerima laporan tentang kehadiran buaya tembaga sahaja kerana keadaan sungai memang sesuai dengan buaya jenis itu.
"Tapi kali ini hairan juga kerana buaya julung-julung tidak tinggal di kawasan yang berair masin," katanya ketika mengulas penemuan haiwan tersebut yang mula kelihatan di persekitaran Pulau Duyong Khamis lalu.more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment