KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 31, 2008

KHIR TOYO MOHON PANDANGAN?

Yang saya perlukan sekarang ialah cadangan-cadangan bagaimana untuk kita menggariskan haluan masa depan yang lebih konkrit untuk memastikan negara ini tidak terjerumus dalam kancah yang akan menghancurkan Wawasan 2020. Pandangan sahabat-sahabat dan bloggers amat saya perlukan. Apa yang sebenarnya kita boleh lakukan dalam jangka waktu yang pendek dan jangka waktu yang panjang dalam menangani tuntutan-tuntutan semua kaum dalam negara kita? Saya mohon pandangan saudara-saudari - Khir Toyo di dalam blognya.
Mari wak bawakan satu cerita dulu dulu ....
Pada 22 Disember 1996, Mat Taib ditahan di lapangan terbang antarabangsa Brisbane sebelum beliau menaiki pesawat ke New Zealand dengan membawa wang tunai dalam mata wang Singapura, Malaysia dan New Zealand yang kesemuanya bernilai 1.26 juta dolar Australia.

Selepas kejadian itu, masa depannya kelam. Tak tau perancangan siapa dan mungkin dia ditangkap oleh keadaan atau apa tapi selepas dilucutkan jawatan, Mat Tyson tak tau nak buat apa, kecuali mundar mandir mencari sisa sisa kawan yang ada. Selalu juga Mat Taib ni ke rumah bekas pemandunya yang rapat dengannya. Dalam banyak banyak tempat yang dia pergi, terjumpa lah dia dengan seorang sahabatnya yang dah lama tak jumpa.

Dalam perbualan bermacam macam topik yang diceritakan termasuk kisah kisah lama yang dirasainya bersama. Sebelum balik, Mat Taib pun berkata, "Kenapa dulu masa aku jadi MB kau tak datang jumpa aku." dan kawannya menyambut, "Masa kau jadi MB dulu, macamana nak jumpa kau, nak tengok batang hidung pun tak boleh. Kau la patutnya turun jumpa kitorang. Bukan kau pilih aku. aku pilih kau. Bila dah tak der jawatan baru nampak muka."

Begitu lah lebih kurang ceritanya. Kesimpulannya adalah, selepas jatuh, baru lah ada usaha nak kenal orang bawah. Sebelum ini tiada lah usaha lain kecuali segala tindakan lebih kepada macamana nak kekalkan jawatan dan kuasa.

Kembali kita kepada Khir Toyo. Sebelum ini, wak dan beberapa rakan pun pernah cuba untuk bertemu dengannnya. Semua ini wak pernah cerita kan dalam blog No2umno. Kalau berminat sila scroll balik cerita yang dahulu dahulu dan wak ada tulis tentang usaha untuk mencari Khir Toyo di pejabatnya. 3 bulan tunggu tanpa berita dan akhirnya. Bukan nak minta projek, tapi ..... (cari dan baca)

Fikirkan sendiri, wak malas nak komen lebih lebih....kalau wak kritik si Khir Toyo nih lagi, orang kata mamat nih dah taubat. Tak baik dan macam macam lagi. Kalau betul betul dah sedar, alhamdullilah dan tahniah. Tapi berjuang dan cuba dekati rakyat untuk dapatkan kembali pangkat, something is wrong ......Tapi kita tengok lah sama sama.

1 comments:

Anonymous said...

Sejak bila pulak Toyo ni jadi blogger... jadi beruk kata kan... agaknya dia dah tengok semua "beruk" educated berjaya dalam bloq masing-masing.. dia pun tak try jugak..lain kali belajar-belajar dari orang bawah dulu...

"Selamat jadi Beruk Toyol...."

Posting terkini

Blog Archive