KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 31, 2008

Patrick Badawi dan kontrak 8 tahun, Tuanku mahu semula kuasa urusan agama

aTranungkite
Dengan dana yang cukup besar, RM 270 juta untuk pembangunan di Pulau Wan (malah ada sumber mendakwa belanja berkali ganda lebih besar) dan RM 300 juta setahun untuk Monsoon Cup, mereka membahagi-bahagikan duit rakyat itu sesuka hati mereka. Seperti Ali Baba dan 40 penyamun lagaknya.
Namun, rakyat yang dihidangkan dengan segala janji manis dan cerita panglipurlara, kini tidak lagi termakan dengan sandiwara mereka. Satu persatu penyelewengan terbongkar. Bangkai besar yang cuba dikambus mereka, akhirnya bau busuknya terhidu juga.

Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri (IKPNT) menyatakan bahawa pihak PAS Terengganu mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man.

“Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan.

“Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut,” kata Dato’ Abu Bakar Chik seperti yang dipetik dalam Tranungkite. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive