KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 14, 2008

KECEWA DENGAN POLIS, MANGSA SIASAT SENDIRI

Pemenang peraduan tertipu siasat sendiri
Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Salah seorang pemenang mingguan Peraduan Ilmu & Amal Utusan-Jati yang kerugian RM3,100 selepas ditipu oleh seorang lelaki menggunakan inisiatif sendiri menyiasat sehingga berjaya mengesan latar belakang mengesan lelaki tersebut.

Yusri A. Ghani, 35, dari Triang, Pahang berkata, dia terpaksa menyiasat sendiri identiti dan latar belakang lelaki itu selepas pihak polis masih belum memberi reaksi terhadap laporannya sebelum ini walaupun telah diberi nombor kad pengenalan suspek.


“Saya dapat nombor kad pengenalan lelaki itu kerana diminta olehnya memasukkan duit ke akaun bank atas nama ‘Mohd. Asri Salleh’.

“Sekarang saya sudah dapat alamat lelaki itu selepas menyiasat menerusi satu laman web,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, tiga daripada empat pemenang mingguan Peraduan Ilmu & Amal Utusan-Jati masing- masing kerugian RM3,100 selepas ditipu oleh seorang lelaki.

Lelaki tersebut mendakwa setiap pemenang dibenarkan membawa seorang lagi rakan mengerjakan umrah dengan bayaran tambahan RM3,100.

Ketiga-tiga mangsa itu hanya mengetahui tawaran umrah untuk individu kedua itu adalah palsu pada Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Ilmu & Amal Utusan-Jati pada 11 Januari lalu.

Menurut Yusri, setakat ini, dia telah menyerahkan slip bank asal berserta nombor siri berkenaan kepada pihak polis.

“Pihak polis masih membuat penyiasatan dan memberitahu maklumat terperinci mengenai lelaki itu hanya boleh diperoleh melalui Bank Negara atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Saya hanya perlu sabar dan tunggu daripada polis kerana lelaki itu masih tidak mahu menjawab panggilan walaupun berkali-kali cuba telefon dia,” katanya.

Dua lagi pemenang, Nornaemah Tan, 33, dari Batu Caves, Selangor dan Zawiyah Zakaria, 47, dari Kuala Kangsar, Perak yang turut kerugian RM3,100 selepas terkena ‘jerat’ yang menggunakan modus operandi sama turut mengadu belum mendapat maklum balas daripada polis.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive