Peguam Mohon Tiga Anggota Suruhanjaya Tarik Diri
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Prosiding siasatan klip video Lingam bermula hari ini dengan seorang peguam memohon supaya tiga anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja itu menarik diri daripada mendengar dan menyiasat kes itu.
M.Puravelan, yang mewakili tiga saksi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata tiga anggota itu -- pengerusi Tan Sri Haidar Mohamed Nor, Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong dan Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh -- patut melucutkan kelayakan mereka kerana mereka mempunyai hubungan sama ada dengan kes itu atau dengan beberapa orang saksinya.
Puravelan berkata Haidar merupakan pemegang amanah Yayasan Perdana yang mana dua orang saksi -- bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan -- adalah juga pemegang amanah.
Beliau berkata bekas hakim besar Malaya itu juga merupakan seorang daripada hakim Mahkamah Rayuan yang mengendalikan satu kes di mana beberapa pihak dalam kes itu diminta menyerahkan sekeping gambar Datuk V.K.Lingam bersama dengan bekas ketua hakim negara Tun Eusoff Chin ketika bercuti sebagai satu bahan bukti.
Beliau berkata nama Shim disebut di dalam klip video itu sementara Zaitun, yang telah bersara sebagai peguamcara negara, mengendalikan saman sivil antara Dr Mahathir dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau merupakan peguam kanan persekutuan.
Siasatan suruhanjaya itu yang dijalankan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bermula pada pukul 10.05 pagi dengan semua pihak yang terlibat dan peguam yang mewakili mereka, diperkenalkan.
Peguam V.K. Lingam diwakili oleh R. Thayalan, Vincent Tan diwakili N. Ravikumar, sementara Anwar, naib presiden PKR R. Sivarasa dan penyelaras PKR Sim Tze Tzin diwakili oleh M. Puravelan dan tiga lagi peguam.
Bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim diwakili oleh Salehudin Saidin dan dua peguam, seorang lagi bekas ketua hakim negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah diwakili oleh Khoo Huan Huat dan ahli perniagaan Loh Mui Fah diwakili oleh Americk Singh Sidhu.
Badan Peguam Malaysia diwakili oleh Robert Lazar, Yeo Yang Poh, Christopher Leong, Ranjit Singh dan Razlan Abdul sementara tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) -- Aliran, Hakam dan Suaram -- diwakili oleh Azahar Haron dan tiga lagi peguam.
Dua lagi anggota suruhanjaya diraja itu adalah bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mahadev Shankar dan pesuruhjaya Suhakam Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.
Suruhanjaya berkenaan ditubuhkan untuk menyiasat antara lain kesahihan rakaman klip video itu, mengenalpasti identiti individu di dalam klip video itu, menentukan kebenaran kandungan perbualan di dalam klip video berkenaan, memastikan sama ada wujud salah laku oleh mereka yang dikenalpasti dan yang disebut di dalam klip video itu dan mengesyorkan tindakan yang patut dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan.
No2umnO - Maka tidak hairan lah kalau VK LINGAM dan ADNAN tiba tiba jadi berani dan sanggup dibicarakan. Suruhanjaya pun tak boleh dipercaya.
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
25 minutes ago
0 comments:
Post a Comment