awin-simplelife
Semalam penulis sempat menelaah buku tulisan Dato’ Jamelah Bakar bertajuk ‘Masa Depan Melayu Pulau Pinang’. Buku terbitan Dawn City Holding (M) Sdn Bhd yang pada pendapat penulis buku ini dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.
Dato’ Jamelah merupakan bekas wartawan yang pernah bekerja dengan akhar Utusan Melayu dan Berita Harian. Seorang yang dilahirkan di Negeri Pulau Pinang. Beliau kini merupakan Pengerusi Eksekutif Dawn City Holdings (M) Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pemborongan dan peruncitan.
Berada dan bertugas di Pulau Pinang membuatkan penulis ingin mengetahui apa sebenarnya berlaku di Pulau Pinang. Dengan tajuk buku yang menawan mungkinkah buku ini memberi sinar atau jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku? Bagaimanakah masa depan MELAYU Pulau Pinang? Apa objektif buku ini digarap? Apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Jamelah Bakar?
Hampa. Itulah yang penulis temui.
Pada mulanya, jika buku ini di tatap oleh seorang yang tidak pernah berada dan merasai sendiri suasana persekitaran di Pulau Pinang.. mungkin dia akan mencari-cari apa sebenarnya masalah orang Melayu Pulau Pinang ini. Walaupun dari awal hingga akhir, buku ini mengisi wawancara dengan pelbagai pemimpin UMNO, pemimpin Dewan Perniagaan dan persatuan serta wawancara bersama Timbalan Ketua Menteri sendiri. Sebagai orang luar dan kini bertugas di Negeri Pulau Pinang, penulis melihat, masalah Melayu di Pulau Pinang tidaklah berbeza dengan Melayu di negeri-negeri lain. Isu yang sebenarnya dan paling menekan adalah TAKDE TANAH. Pulau Pinang negeri yang sempit dan tidak banyak tanah. Negeri yang kecil ini sudah padat dan negeri ini juga tidak mempunyai tanah rizab Melayu seperti negeri lain. Yang ada hanyalah tanah-tanah wakaf yang boleh dimajukan untuk dijadikan projek perniagaan atau kediaman orang Melayu.
Tanah memang isu yang sensitive. Baik dalam keluarga sendiri, komuniti, masyarakat, negeri mahupun negara. Orang boleh berbunuh kerana tanah. Tanah bagi kita serupalah ertinya dengan maruah.
Di dalam buku yang bertajuk ‘Masa Depan Melayu Pulau Pinang’, isu dan masalah tidak dirungkai. Jalan penyelesaian usah harap. Hanya kata-kata sepatutnya itu, sepatutnya ini, kita kena, jangan menyerah kalah, tengok pemimpin dahulu, kita harus. Pada pendapat penulis itu hanya kata-kata menuding jari.
Yang sebenarnya Melayu di Pulau Pinang pertama, biasalah dimana-mana pun adalah isu mentality. tidak bersatu padu. Melayu di mana-mana pun tidak bersatu. Apabila tidak bersatu, banyak masalah akan timbul. Orang tua-tua kata bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Pemimpin dulu bolehlah bersatu kerana pada waktu itu matlamat mereka berbeza dengan matlamat orang sekarang. Manakan nak sama citarasa orang dahulu dengan citarasa orang sekarang. Kan?
Kedua, yang penulis nampak masih isu mentality iaitu tahap pendidikan orang Melayu yang masih rendah. Itulah yang menjadikan Melayu tidak dapat bersaing. Melayu Pulau Pinang yang bijak lagi pandai pula tidak mahu bersaing di negeri sendiri. Jadi tak nampaklah usahawan melayu pulau pinang yang banyak berjaya. Dan adakah mereka itu balik ke negeri mereka at least untuk membantu anak-anak muda negeri mereka dari segi sahsiah dan rohani?
Melayu di Pulau Pinang, mereka tidak mahu lagi menjadi golongan terpinggir di negeri sendiri, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi serta mendapat peluang perniagaan yang sama rata. What?? Mendapat peluang perniagaan yang sama rata? Come on … Kadang-kadang orang Melayu ni meminta lebih-lebih. Padah bila dah terbiasa makan di suap. Kerajaan mungkin dapat membantu dari segi infrastruktur dan insentif kewangan tetapi peluang perniagaan??... itu harus dicari sendiri oleh usahawan. Bagaimana untuk memasarkan.
Bab tanah, penulis tertarik dengan jawapan dari Dr Ibrahim Saad, Bekas TKM:- Pada zaman saya, kalau dapat 30%, kita tak lepas. Caranya ialah kita bagi kuota 30% projek perumahan tu kepada orang melayu, tapi unit-unit ini bukan dipegang oleh pemaju tetapi dipegang oleh JKP. Kita tidak akan melepaskan atau meluluskan jika peruntukan 30% tidak diberi kepada orang melayu. Jadi pemaju faham kita tidak akan lepas dan dia akan usaha juga untuk dibeli orang melayu, selagi dia tak jual pada melayu, kita tidak akan lepaskan kuota itu. Sekarang tak tahu lah.
Penulis pula ingin menarik wawancara dari pemimpin yang mengatakan: saya ingin menarik sedikit tentang JKP. Mereka ini memperolehi semua kemudahan daripada kerajaan termasuk gaji daripada kerajaan tetapi buat syarikat. Ini bukan membantu orang Melayu. Sebenarnya, ini amanah untuk orang Melayu, maka mereka perlu cari jalan, berkongsi dengan usahawan Melayu Pulau Pinang untuk membangunkan projek bukannya bersaing dengan orang Melayu. Ini bermakna mereka tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin dengan nasib orang Melayu. (pada pendapat penulis, inilah yang terjadi apabila satu agensi diswastakan, misi akan bertukar kepada bagaimana untuk generate income)
Penulis tidak mahu mengusik isu pemimpin yang mementingkan diri, tidak telus dan sebagainya kerana pemimpin politik sekarangkan ramainya dari golongan usahawan. Faham-fahamlah. Tetapi kata-kata dari YB Dato Hj Azhar Ibrahim ini menarik ‘kita perlu sedar, sungguhpun kita hidup berbilang kaum dalam parti barisan nasional, hakikatnya setiap parti akan membantu kaum-kaumnya sendiri secara berterusan. Ini tidak dapat dinafikan kerana itu adalah kerja orang politik. Orang politik perlu menjaga orangnya sendiri, jika tidak mereka kalah dalam pilihan raya.
Yang menarik jawapan dari TKM semasa diwawancara:- Saya juga nak katakan tidak pernah apa yang kita minta ditolak mentah-mentah oleh Ketua Menteri atau oleh Kerajaan Negeri. Masalah kita ialah kita tak tahu apa yang kita hendak, lepas tu kita kejar yang ini tidak dapat dan yang itu pun tidak dapat.
Kesimpulannya, selepas menelaah berulangkali, apa yang Jamelah Bakar ingin sampaikan dan sama lah dengan semua pemimpin yang diwawancara adalah supaya pihak Kerajaan Negeri dan serta badan yang berkaitan beserta ahli-ahli yang berhormat dan badan persatuan/ dewan untuk duduk berbincang berkenaan agenda melayu di Pulau Pinang dan bagaimana untuk meningkatkan pencapaian Melayu di Pulau Pinang. (siapa yang nak initiate this??)
Sekarang rakyat Melayu Pulau Pinang sebenarnya telah putus harapan. Hanya mengharapkan Pak Lah untuk menuntut hak mereka sebgai jalan terakhir. Dan mereka harus cepat dan segera selagi Pak Lah masih berkuasa sebagai Perdana Menteri. Dan mungkin kerana itulah buku ini dihasilkan dalam keadaan yang tergesa-gesa…
No2umno - sekadar baca tetapi ia lebih kepada pendapat si penulis. PAK LAH boleh diharap ke?
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
10 minutes ago
0 comments:
Post a Comment