Protes anjur himpunan aman 26 Jan, bantah kenaikan harga barang
Anis Nazri
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) akan menganjurkan satu Himpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Barangan Dan Perkhidmatan, 26 Januari akan datang.
Himpunan yang diadakan jam 3.00 petang itu bertempat di hadapan Bangunan KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Setiausaha Protes, Dr Hatta Mohd Ramli, berkata pihaknya sangat memandang serius suasana inflasi tidak terkawal yang sedang menekan kehidupan seluruh rakyat jelata khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Jelasnya, kenaikan bayaran tol di beberapa buah lebuh raya, kenaikan harga barangan keperluan harian, kenaikan tarif bekalan elektrik dan air; semuanya menambah berat beban hidup rakyat yang semakin terhimpit akibat gaya pentadbiran negara yang boros, korup dan sentiasa mengorbankan kepentingan rakyat.
"Protes tidak menolak keberangkalian besar kenaikan harga bahan bakar dalam tempoh terdekat dan kami memandang semua kenaikan ini sebagai manifestasi kegagalan kerajaan BN menjalankan pentadbiran secara berkesan, yang mengakibatkan rakyat terus disajikan dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial dari semasa ke semasa," tegas beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, satu ceramah umum Protes turut diadakan 20 Januari akan datang, jam 8.00 malam, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH).
Justeru, Protes menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin agar turut serta menjayakan ceramah umum dan himpunan aman ini.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan program-program ini bolehlah dimajukan kepada Sekretariat Protes di talian 03-2692 5000 atau 019-339 8659 (Dr. Mohd. Hatta Hj. Ramli) yang juga beralamat di 318A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur. - mns
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
14 minutes ago
0 comments:
Post a Comment