darikelateuntukkelate.blogspot
Pertarungan PRU ke 12 rata ratanya dianggap sengit oleh pemerhati politik terutamanya dengan lawatan demi lawatan pimpinan tertinggi UMNO ke Kelantan. Presiden dan Timbalannya datang silih berganti. Berhajat benar nampaknya UMNO kepada Kelantan. Itulah uniknya Kelantan ini. Mungkin bukan setakat minyak yang menjadi idaman, malahan menyelamatkan maruah yang tercalar.
Dengan Kelantan dianggap kubu terkuat PAS, menafikan kemenangan PAS dengan apa cara sekalipun di sini boleh meranapkan impian untuk melihat penguasaan PAS melebarkan jaringannya sekurang kurangnya ke negeri negeri jiran.
Oleh itu ada yang berpendapat, kepimpinan UMNO Kelantan yang tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat, samada atas tuduhan penyalahgunaan kuasa, menggelapkan duit dan mempunyai tabiat dan keperibadian yang kurang baik akan dibuang dari senarai calon calon yang bertanding pada pilihanraya akan datang.
Ini mungkin termasuk orang kuatnya yang diwar warkan akan dibawa keluar terus dari Malaysia, menerima nasib seperti Tan Sri Wan Mokhtar yang dihantar menjadi duta selepas tidak lagi menjadi Menteri Besar. Dikhabarkan orang kuat ini akan dibawa menjadi duta ke Indonesia. Malaysia adalah negara serba boleh. Begitu banyak perkara yang kelihatan mustahil boleh berlaku.
Disebaban Kelantan dilihat begitu serasi dengan imej ulama dan bersih, maka pendekatan yang sama juga akan digunakan untuk meyakinkan majoriti rakyat Kelantan betapa UMNO di bawah kepimpinan Pak Lah ini amatlah berbeza. Segalanya diinginkan bersih. Yang mengotorkan UMNO adalah kepimpinan terdahulu.
Hatta seorang bertaraf Menteri yang mengaku di dalam dewan bahawa beliaulah antara orang yang banyak menyekat pelaburan dan pelbagai kemudahan yang sepatutnya sampai ke Kelantan,
mengaitkan perangai buruk itu dengan kepimpinan terdahulu. Nah, beliau sekarang bersih kerana berada di bawah kepimpinan Pak Lah. Apakah bersih itu bermakna rakyat Kelatan telah memaafkan penginayaan yang telah dibuat? Kiranya tidak, beliau tetap kotor dengan noda dan dosa.
Di saatkan UMNO dibersihkan, kepimpinan PAS Kelantan khususnya dan Malaysia amnya, cuba dilumur dengan najis di dalam tong yang disediakan. Tong yang disediakan ini cuba mengaibkan seluruh kepimpinan PAS termasuklah Tuan Guru Menteri Mursyidul Am PAS. Betapa permainan ini mengundang pelbagai reaksi dan respon daripada semua pihak termasuk orang PAS sendiri.
Matlamatnya tetap satu, untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Tuan Guru. Tong najis yang dipenuhi pelbagai sampah sarap ini merupakan tempat cari makan orang yang tiada pendirian, tempat mempelagakan tokoh politik dan tempat melacurkan penulis upahan.
Yakinlah usaha itu tidak ke mana. Perancangan itu bakal menemui jalan buntu. Kebathilan itu pasti akan terhapus dan menyerlahlah sinar untuk membenarkan kalimah Allah. Tilik tiliklah diri kita, andai najis itu telah berjaya menemui sasarannya, kerana walau dengan setitik najis, kesempurnaan ibadah itu bakal terjejas. Moga iman kita tidak goyah dengan sedikit untung dunia.
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
51 minutes ago
0 comments:
Post a Comment