KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 14, 2008

JKKK musnahkan harta kerajaan


Ditulis oleh SM Noor
Buletinonline

Marang, 13 Jan – Tindakan gelojoh dan tanpa kira bicara Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Perpat, DUN Pengkalan Berangan, Marang telah memusnahkan paip pengairan Kelompok Penanaman Betik Bukit Perpat. Akibat dari tindakan itu, JKKK Bukit Perpat telah memusnahkan harta kerajaan yang diagihkan sebagai subsidi kepada kelompok penanam betik oleh Jabatan Pertanian. Paip pengairan bagi menyiram pokok betik telah musnah semasa aktiviti pembajakan yang dilakukan oleh JKKK Bukit Perpat.

Ketua Kelompok Penanaman Betik Bukit Perpat, Abdul Razak Abdullah(Pak Jak), memberitahu Buletinonline bahawa JKKK telah masuk kedalam kawasan tersebut dan melakukan pembajakan tanpa membuat pemberitahuan kepada pihak beliau.

Pak Jak hanya mendengar khabar bahawa JKKK Bukit Perpat berhasrat untuk menanam jagung di kawasan tersebut, namun tidak ada surat ‘hitam putih’ dari pihak JKKK memaklumkan hasrat mereka kepada beliau.

“Mereka tak beritahu apa-apa, saya hanya tahu apabila pergi ke kebun, sudah siap dibajak dengan bajak piring,”

“Habis paip dimana mereka membajak, hancur semuanya.” Kata Pak Jak dengan nada kesal.

Pak Jak kesal kerana sebenarnya sebahagian ahli-ahli Kelompok itu juga adalah terdiri daripada ahli-ahli JKKK. Tanah yang dibajak itu juga adalah bekas tanah yang telah mereka usahakan dengan tanaman betik.

“Mereka tahu ada paip disitu, tapi mereka lanyak juga. Tak tahulah apa niat sebenar mereka berbuat demikian” keluh Pak Jak.

Kelompok Penanaman Betik Bukit Perepat telah menjalankan usaha pertanian sejak 22 tahun yang lalu. Tanah seluas hampir 100 ekar tersebut berhampiran dengan kilang-kilang papan dan telah digazetkan sebagai Tapak Perindustrian Ajil. Pada tahun 1986, Pak Jak dan rakan-rakanya seramai 40 orang telah memohon untuk mengusahakan tanah tersebut secara ‘sementara’.

The image “http://buletinonline.net/images/stories/bktperpat5.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Jabatan Pertanian telah memberikan sokongan dan bantuan berupa input-input pertanian termasuk benih, baja dan sistem pengairan. Kelompok Penanaman Betik Bukit Perpat telah berjaya dan mengeluarkan sebanyak 5 tan betik ‘eksotika’ sebulan untuk pasaran tempatan. Ia adalah satu-satunya kawasan pengeluar betik eksotika yang terbesar di negeri Terengganu.
Akibat dari pemusnahan paip oleh JKKK tersebut, kerajaan telah mengalami kerugian sekitar RM 3000. Walaupun bagi sesetangah pihak, nilai itu adalah kecil, namun bagi Pak Jak, harta kerajaan adalah amanah rakyat yang wajib dipelihara keselamatannya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive