Cerita talaq ni sebenarnya tak syok nak cerita. Berlainan dengan cerita kawin lagi. Phergggg ..... Sebentar !!! ... bagi wak pandang keliliing, takut isteri perasan wak tengah cerita pasal benda sensitif ni. Kang kecik hati dia. Hari ni wak nak cerita tentang Talaq ketika hamil.
Talaq
Haram atas suami menceraikan isteri yang sedang haidh tetapi cerai tersebut adalah berlaku. Cerai didalam iddah hanya berlaku pada ketika hamil kerana diyakini iddah selesai dengan beranak atau suci yang belum dijima’ kerana iddah selesai dengan tiga quru’.
Suami yang menceraikan isteri didalam haidh wajib meruju’ semula isterinya untuk diceraikan semula menurut syara’ dan dengan paksaan jika enggan. Keadaan-kedaan Yang Diharuskan Talaq Ketika Haidh
i- Suami menjatuhkan talaq keatas isteri yang haidh didalam iddah raj’i.Kalau berlaku talaq ketika hamil apa kesimpulannya .....?
ii- Suami menta’liqkan talaq dengan berakhir haidh isteri.
iii- Suami menjatuhkan talaq keatas isteri haidh yang belum pernah dijima’.
iv- Isteri yang berhaidh itu hamil.
v- Dengan tebus talaq.
vi- Isteri yang habis tempoh illa’ meminta suami menjatuhkan talaq ketika
haidh kerana suami enggan menyetubuhinya ketika suci.
vii- Talaq yang dijatuhkan oleh hakim atau qadhi.... selanjutnya.
Talak yang dilafazkan suami ketika isteri mengandung adalah sah, cuma perbuatan suami menjatuhkan talak ketika isteri hamil adalah berdosa. Ini kerana talak yang jatuh ketika hamil akan menyebabkan edah isteri bertambah panjang.Cerita nya di SINI dan di SINI
Dalam masalah puan, talak yang dijatuhkan suami pada kali pertama adalah sah dan rujuknya juga sah. Talak kali ketiga juga sah, cuma edah isteri yang diceraikan talak tiga ketika hamil ialah sehingga dia melahirkan anaknya. - Alalan
Surah untuk rujukan
'Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya'. - ( Surah at-Talak : 6 )Nak tau lebih lanjut ... di syokkahwin
Kalau nak tau lebih lagi ... korang jumpalah ustaz atau pegawai majlis agama yang mempunyai kelulusan. Jangan cakap ngan bini, nanti diorang mogok tak masak. Wak dah kena .....
1 comments:
kire dlm edah bole rujuk balik tak? kalu talak tu bkn talak 3...
Post a Comment