Aku cuba cari tajuk lain, tapi tak berdaya sebab kes si Bala ni memang menarik. Bukan kerana bijak perancangan, tapi sampai dah jadi cerita bodoh tak masuk akal.
Jom kita tengok kronologinya di tambah dengan peristiwa baru ......
Ceh ....Hari pertama. dengan bangga Bala senyum gembira, riang ketawa masa akuan sumpah Pertama. Sebelah dia peguam dan sebelah satu lagi Anwar Ibrahim. [rujuk] Mulutnya senyum sampai telinga. Top top, dia hilang, tak dapat dikesan. Peguam cuba nak call, tak talipon tak angkat. Rupa rupanya pada hari esok, dia buat pengakuan terbaru. [rujuk] Selesai pengakuan ke 2, Bala pun hilang sekali lagi. [rujuk] Maka heboh lah saudara mara dan jiran tetangga.
Bila pakcik dah hilang, anak saudaranya, si Kumaresan pun ikut kecoh. Dia buat lapuran polis. [rujuk] Sambil cari, wartawan tanya, mulut dia pun cerita.Brothers R.Kumaresan, 27, and Segar, 24, of Batu Caves said their uncle had shared with them about what he had mentioned in his first SD about six months earlier, and they believed he would one day make it public.
Mesti ada mamat yang pening. Apesal la Kumaresan ni kecoh sangat? Kena tutup mulut dia ni. Masa tu polis kononnya tak tau Bala di mana. Tiba tiba .... jeng jeng jeng ....
Teka-teki mengenai keadaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, berikutan kehilangannya sejak Jumaat lalu, akhirnya terjawab apabila beliau menghubungi anak saudaranya, malam kelmarin. - BharianKalau kat malaysia, Bala tak jumpa, nampak sangat Polis lemah. Keluar kenyataan baru ...
Polis tidak menolak kemungkinan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang terbabit dalam kontroversi dua akuan bercanggahan berhubung pembunuhan Altantuya Shaaribu, kini berada di luar negara - malaysiakiniManusia ni susah sikit, banyak sangat songehnya. Asyik nak bertanya jer ....Soalan kali ini, "kenapa bala lari?" Dan soalan itu di jawab,
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur hari ini, Bakri berkata, Balasubramaniam memberitahu polis bahawa beliau mendapat ugutan.Dalam pada itu, Bala memang tahu si Kumaresan masih tertanya tanya pasal pakciknya. Banyak benda tak logik berlaku. Budak ni jenis lurus. Apa orang cakap, dia cakap, apa orang tanya, dia jawab. Dan sebab tu, ada orang suruh dia diam ....
Bagaimanapun, Bakri tidak menyatakan butiran lanjut mengenainya. - Malaysiakini
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mahu dihentikan kempen yang dijalankan oleh anak saudaranya, R Kumerasan, untuk membawanya pulang dengan selamat.
Bala memberitahu Kumaresan bahawa ia boleh membahayakan dirinya (Bala) dan keluarganya.Mamat ni jadi lagi pening. Dia tak dapat info yang betul. Dan dia pun ambil tindakan buat lapuran polis lagi, kali ni tentang polis .... [rujuk] Ini dia ...
Kumaresan memberitahu pemberita hari ini bahawa mesej tersebut telah disampaikan kepadanya melalui telefon awal pagi ini dan beliau akan mematuhi permintaan bapa saudaranya.
"Ia satu perbualan (telefon) yang panjang," kata Kumaresan, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perbualan mereka. - Malaysiakini
This time was to complain against the police for not informing him that they had found his uncle in a neighbouring country.Dia kata polis tak kerjasama .... pulak dah. Cerita ni sebenarnya panjang lagi.
“I should have been told about it early. This did not happen. My source was television and newspapers. I am disappointed with them (police),” he told reporters at the Brickfields police headquarters at about 3pm accompanied by lawyer N. Surendran.
Member gua kata .... korang nak tutup 1 tipu, korang kena buat 1000 kali tipu.
Ada orang ingat dia pandai, tapi sebenarnya bodoh. Kalau korang rasa kerja pengarah filem tu senang .... korang silap. Sebenarnya kerja diorang rumit. Tu sebab ada cerita sedih, tapi orang ketawa. Ada cerita lucu, tapi penonton masam sampai ke sudah. Nak jadi pengarah kena sensitif, peka. Kalau tidak ...... filem dah siap, penonton tak datang. Semua nya kerana pengarah cuba tipu, tapi penonton tak caya. Tapi korang tau tak siapa Balasubramaniam? Ini sikit cerita dulu dulu ...
Altantuya: Razak ugut bunuh
“Kami berasa sungguh tertekan kerana Suras dan Balasubramaniam selalu mengugut untuk membunuh kami dengan cara melemparkan kami keluar tingkap. Mereka beritahu Razak Baginda arahkan kami dibunuh. Pada satu ketika, Suras datang ke bilik hotel kami pada jam 5 pagi dan tidur di atas katil kami sehingga jam 10 pagi.
“Ketika itu kami berasa amat takut sehingga langsung tidak tidur, cuma berdiri dalam bilik. Disebabkan ugutan itu, Altantuya mengalami tekanan yang amat teruk, lalu kami membuat laporan polis pada 19 Oktober 2006,” katanya. - nusaputra
0 comments:
Post a Comment