KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 11, 2008

Polis bukan pelakon - Bakri

malaysiakini | ... Tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dan keluarganya melarikan diri ke luar negara bukanlah atas arahan atau 'lakonan' pihak polis, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Zinin.


mohd bakri zininKatanya, tuduhan yang mengaitkan tindakan Balasubramaniam dengan polis adalah tidak berasas.

Menurutnya, tuduhan itu tidak seharusnya timbul kerana polis menjalankan siasatan secara telus dan profesional dalam mencari kebenaran tanpa mempunyai sebarang motif lain.

"Mengapa mesti heret pihak polis sekali dalam situasi seperti ini? Janganlah perkara ini dijadikan sebagai 'media court', ini bukan satu lakonan, inilah kenyataan, realiti yang perlu disiasat secara profesional dan teratur untuk kita mengetahui kebenaran sesuatu perkara.

"Polis bukan pelakon...saja-saja berlakon untuk jadi popular, tetapi
hakikatnya kita siasat dan beri informasi yang benar untuk memastikan orang awam sentiasa peka dengan senario sebenar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan seminar pada Simposium Sains Forensik dan Undang-Undang Jenayah di Kuala Lumpur hari ini.... selanjutnya.

3 comments:

Anonymous said...

Polis pelakon lebih handal daripada pelakon daripada Us ataupun Rajkapoor dari Bollywood.

Polis jangan anggap rakyat bodoh dengan cerita yang tak masuk akal

Anonymous said...

polis bkn pelakon......YA btol!!!! sekadar jadi malaun je kot....

bidaralina said...

Bala seorang yang pembohong. Pengakuan bersumpahnya tak mungkin kedua-duanya betul. Sama ada kedua-duanya tidak benar atau salah satu daripadanya tidak benar. Jelas, polis sudah boleh segera menyiasatnya pada hari itu. Tetapi malangnya ia terlepas ke luar negara (kononnya). Dan begitu mudah pula Polis masuk ke negara orang bertemu Bala untuk ambil kenyataan dan mengapa tidak membawa ia (yang berbohong) pulang bersama untuk tindakan seterusnya?
Adakah betul tindakan ini?

Posting terkini

Blog Archive