KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 11, 2008

TV3 Hina Sultan Kedah?

Rombongan Istana Kedah guna jet kerana masa suntuk
Buletin Utama TV3 sekejap tadi (jam 8.15 malam) menyiarkan rakaman penggunaan jet itu semasa mereka bertolak ke Brunei dan mempertikaikan langkah Istana Kedah itu yang dianggap TV3 sebagai membazir - Siasah
dan komen dari kerajaan negeri Kedah.
[...] Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Hilmi Khalid, hari ini berkata rombongan Diraja itu diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana, Datuk Saad Endut dan isteri selain Azizan dan isteri.

Beliau berkata, petikan berita sebuah stesen televisyen swasta yang merakam rombongan itu menaiki pesawat dan menyebut seolah-olah ia adalah rombongan Menteri Besar adalah tidak tepat.

"Kita kesal dengan laporan berita yang mengelirukan itu dan kita mohon supaya stesen televisyen itu tidak lagi membuat laporan berdasarkan andaian semata-mata tanpa meminta penjelasan rasmi terlebih dulu kerana ia membabitkan kepentingan istana," kata Hilmi.

Semalam, laporan berita stesen swasta itu menyebut Azizan bersama rombongannya telah menaiki pesawat khas yang disewa bagi tujuan perjalanan rasmi. - Bharian
Kesimpulannya, kalau ada fitnah dan hasut, jangan asyik pandang blog dan internet. Apa kurangnya TV3 dan media lain. Kalau nak badan badan politik dan NGO yang ambil tindakan, sila lapurkan pada pihak berkuasa. Sekurang kurangnya cakap biar beralas. Lain kali siar berita, biar lah berakal. Intai kuman di seberang laut, gajah depan mata buang najis atas kepala.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive