malaysiakini | ....Ahli jawatankuasa pusat PAS Idris Ahmad menganggap parti itu "tertipu" sewaktu terlibat dalam perbincangan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), penganjur perhimpunan tersebut.
Melalui blognya semalam, bekas pemimpin kanan Pemuda PAS itu berkata pemimpin parti yang terlibat dalam Protes telah berkompromi membenarkan konsert dengan syarat "nyayian yang tidak melampau dan seni kata yang baik".
"Rupa-rupanya pada hari itu kita kena tipu. Menyebabkan Pemuda dan Unit Amal memboikot. Tahniah pada adik-adikku Pemuda dan Unit Amal," katanya.
Tambahnya, demonstrasi Protes pada masa depan akan lebih berjaya jika dikawal seratus peratus oleh parti itu.
"Pengajaran demonstrasi Protes 6 Julai, lain kali biarlah PAS yang kawal semua. Kalau setakat jadi pengerusi (tetapi) kita tidak boleh kawal buat habis beras saja," katanya, mengulas kedudukan bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli sebagai penyelaras Protes.
"Banyak demonstasi yang kita buat berjaya (dan) tidak haru-biru. Kalau ulang lagi demonstasi macam ini, untung secupak rugi seguni."
Timbalan ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula berkata beliau pada mulanya bertolak ansur terhadap aktiviti dalam suasana yang "tidak menyinggung perasaan insan yang mukmin" dan jaminan persembahan itu "tidak melanggar etika seorang yang berakhlak dan bermoral."... selanjutnya.
Jul 11, 2008
'Protes bukan untuk si warak, wali'
Labels: demo minyak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment