Kekadang dalam mengejar dunia ni, kita kena pandang sikit pada akhirat. Maklumlah, dunia ni hanya pinjaman. Leka sedikit, kita boleh lupa semua. Sampai waktu dan ketika kita akan di panggil pulang. Mati dan bersama kita hanyalah kain kapan dan papan keranda. Beberapa gulung kapas akan digunakan untuk tutup mulut dan hidung serta rongga lain.
Bekalan kita hanya lah amalan kita di dunia. Tak kira lah, amalan spiritual atau pun berupa derma dan budi baik yang dibalas dengan pahala.
Wak dah banyak bercampur dengan orang kaya dan miskin. Pernah juga berangan untuk jadi kaya mengikut jejak mereka, tapi tak boleh kaya kaya. Pelik juga tapi hakikat perlu di terima. Mungkin Tuhan maha mengetahui dan wak terima lah seadanya. Pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku.
Nak cerita pasal kawan kawan wak la....ada yang rumah mereka bernilai berjuta juta ringgit dan jumlah kenderaan yang cukup banyak. Rumah bukan sebuah tapi berbuah buah. Kalau nak fikir tentang hukum logik akal, entah siapa yang akan duduk dirumah itu dan siapa yang boleh bawa kereta yang banyak jumlahnya sedangkan anak anak mereka semuanya kecil kecil lagi. Pantang ada model baru, semuanya dia mau. Kalau mahu simpan untuk anak, adalah lebih baik simpan wang dan ketika anak besar, model baru akan keluar. Tapi menyimpan kenderaan baru adalah satu hobi baginya. Bertukar tukar model pada acara yang berbeza. Ada kalanya ada dua kenderaan sama model. Tak ke pelik namanya tu.
Kalau kawasan meletakkan kenderaan tu sampai dah tak cukup. Berderet ditepi jalan dan memakan kawasan rumah orang lain. Yang menariknya, biar pun kenderaan itu masih baru dan berkilat, bila ada model baru keluar, dia akan tukar. Begitu lah hebatnya kawan wak seorang nihhh.
Cerita pula tentang seorang lagi. Dia ni seorang anak 'orang kaya' zaman dulu. Kalau sebut nama bapanya, semua orang Selangor akan tahu. Harum seharum bunga mawar. Cara macamana dapat harta, wak tak tau la. Mungkin cara betul atau tidak ... Allahualam. Tapi yang pasti banyak kontrak mega di zaman 70an dan 80an dahulu, habis dibalunnya. Ketika itu semua kontrak berjuta juta dan nilai juta ketika itu memang lah besar.
Bila si bapa meninggal dunia, maka mula lah berbalah antara satu sama lain. Kau dapat rumah tu, kau dapat tanah ni dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, anak ramai isteri pula dua orang. Dicampurkan anak kedua dua isteri, bertambahlah ramainya. Bagus ada zuriat ramai tapi perang besar jadinya.
Maka sudah berbelas tahun meninggal sibapa, anak masih kelam kabut dan berpecah pecah, Tak boleh baik langsung. Maka satu ketika dahulu ada lah satu syarikat yang terpaksa di jual. Nilai nya berjuta juta ringgit. Bila sudah dibincang oleh para peguam, maka seorang anak dapat imbuhan sebanyak RM1.3 juta seorang dan pada anak yang mengawal selia syarikat tersebut mendapat lebih sedikit dari yang lain.
Nilai RM1.3 juta besar pada wak, tapi rupanya tidak pada mereka. Perbalahan berlaku dan akibatnya pecah lah semua almari kaca yang berada di pejabat tempat perbincangan itu. Sampai keluar pistol segala. Pucat juga muka mereka yang berada disitu dan sejak itu, keadaan terus menjarakkan keluarga mereka sehingga lah sekarang.
Maka 'moral of the story', biar lah kita bersederhana di dalam banyak hal. Terlalu banyak contoh yang berlaku dan alhamdullillah, wak tidak mempunyai harta. Orang tua hanya tinggalkan tapak rumah. Dan sekarang pun susah benar hendak mencari harta disebabkan, apa yang wak dapat tidak berapa cukup untuk menyara keluarga. Cuma sekadar ada. Pening tu memang lah pening, tapi Alhamdullah.
Kepada pemimpin BA yang sekarang ini sudah menjadi kerajaan Negeri Selangor, wak ucapkan SYABAS, tapi ingat ... semua ini menjadi pengajaran. Biar lah kita mati di dalam keadaan tenang dan di puji untuk jangka masa yang lama. Orang tua wak, sampai sekarang masih di puji di kampung sana dek kerana berbudi dengan orang kampung dan bercita cita benarlah wak untuk menjadi seperti orang tua itu. Doakan lah ye.
Dan kepada wakil rakyat dan pemimpin BA, cari harta tu biar lah berpada pada. Jangan sampai membazir. Mungkin sekarang kita nampak mewah tetapi kita tak tahu selepas kita mati nanti. Anak anak berperang sesama sendiri dan isteri yang tinggal .... pening kepala. Akhir nya bukan pujian yang kita dapat, tapi tohmahan sampai semua nya mati. Yang ada hanya harta yang bukan milik kita dan semuanya akan berakhir begitu juga.
Wak sedih juga dengan kehilangan sahabat dan mereka yang sudah meninggal. Bila usia sudah tua, maka yang ada dalam fikiran, esok kalau masih bernyawa, terasa macam dapat BONUS. Maka kalau dapat BONUS tu jangan lah membazir. Gunakan nyawa dan waktu itu untuk ibadat dan taubat.
Bayangkan kalau hari ini tidur ..... esok gelap. Gonyoh mata dengan tangan tapi dunia masih tidak terang. Nafas tidak tersekat dan badan terasa ringan. Aduhhhhhh....menakutkan. Hah masa tu apa pun tak guna. Waspada lah BRO !!!
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
4 hours ago
1 comments:
Terimakasih atas ingatan tulus ikhlas dari wak... dunia hanya pinjaman.
Bersederhanalah...secukup keperluan.
Rasulullah saw.pernah bersabda , "Jumlah sedikit tetapi sesuai dengan keperluan jauh lebih baik daripada harta yang melimpah yang menjadikan manusia menyibukkan diri dengan hartanya (itu)."
Post a Comment