mardihah
Apa yang dapat saya simpulkan pilihanraya Umum ke 12 adalah satu mimpi ngeri untuk Barisan Nasional. Usahlah bermimpi dan tidur lagi. Usahlah membayangkan anda sedang meniti bahagia sebaliknya ini adalah suara rakyat yang menggegarkan dan menggempitakan Malaysia. Suara rakyat telah menentukan. Kebangkitan 5 negeri, Kelantan bersama PAS dengan status quo nya, Pulau Pinang ke tangan DAP, Perak, Kedah dan Selangor yang berstatus pembangkang. PAS, PKR dan DAP telah menjahamkan mimpi indah kesemua barisan kepimpinan tertinggi. Abdullah Ahmad Badawi tersungkur apabila undi majoriti tidak memihak kepada BN.
Mereka angkuh, sombong, bongkak dan keterlaluan. Inilah balasan mereka. Inilah kuasa rakyat. Juga kuasa Tuhan. Tuhan yang Maha Adil dan Kaya. Maha Agung dalam menentukan keputusanNya.
Penganalisis politik terkedu (mereka yang membebel tak henti-henti di TV3 dan TV1, entah apa yang diputar belit. Pengacara juga bagai tidak percaya, muka kelat macam tertelan kopi pahit seolah tidak percaya. Macam saya nak letupkan sahaja TV3, macam nak saya bagi penampar (kasar sikit) sahaja kepada semua pengacara. Perang media sungguh. Tiada lagi laporan sehingga jam 6.30 pagi. PWTC muram dan dibaluti kekecewaan dan kejutan besar, seolah Tsunami melanda Malaysia. Selalunya dan mampirnya barisan kerajaan akan merayakan kejayaan mereka sehingga dinihari. Tapi kali ini amat menyayat hati. Khir Toyo membawa pulang hadiah ‘penyapu’ tercantik. Tajul Rosli menangis lagu ‘Di Mana Kan Ku Cari Ganti.. Mahadzir Khalid, di Kedah membayangkan menjadi pembangkang di negeri jelapang padi. Beliau akan menjadikan tugas sebagai Menteri Besar sebagai Kenangan Terindah, Tsu Koon tersungkur dan bakal menjadi peniaga berjaya. Sementara Ahlan Wa Sahlah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai peneraju kekal paling konsisten dan berpengaruh di Kelantan dengan kemenangan kerajaan PAS di Kelantan. Pesan seorang kawan saya..berkunjunglah ke Kelantan, ketenangan dan kedamaian akan diperolehi. Juga kepada semua pengganti Menteri Besar di 4 lagi negeri : Lim Guan Eng (DAP di Pulau Mutiara), Ir Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS di Perak), Khalid Ibrahim (PKR-Selangor) dan Azizan Razak (PAS, Kedah).
Malam tersebut, saya sahaja berkurung di ruang tamu melihat kesemua jawapan dan keputusan pilihanraya. Mak, ayah sudah mula mengundurkan diri apabila lewat tengah malam, keputusan dilihat semakin lembab dan bagai memihak kepada pembangkang. SMS yang saya terima mengujakan. Berita terkini dari SMS lebih pantas dari SPR.…terima kasih untuk semua sahabat dan sahabiah saya….! Mata saya tidak mengantuk malah makin menggembirakan. Inilah saatnya, saya telah membuktikan dan anda semua membuktikan bahawa kita bersemangat pengundi celik. Kematangan rakyat juga sudah ditunjukkan melalui undi.
Gempa bumi, tsunami dan perang minda berlaku. Tahniah saya ucapkan kepada semua wakil pembangkang yang telah menjahanamkan kerajaan UMNO-BN. Rakyat mahukan gelombang perubahan. Analisis saya sehingga dinihari - setiap akhbar, Utusan Malaysia, Berita Harian kesemua wartawan semakin insaf dan muhasabah diri mereka bermula. Adakah selepas ini media akan menjadi 50:50, melaporkan setiap kegiatan negeri, atau Selangor terpaksa mencari medan alternatif mempunyai saluran akhbar sendiri untuk rakyatnya? Jika dahulu sukar kita tahu tentang Kelantan: Utusan Malaysia @ Berita Harian, semua berita tentang Kelantan pembohong…semua yang salah dan angkuh tentang Kerajaan Kelantan…Adakah media juga semakin tertekan atau masih dibelenggu dengan provokasi Kerajaan Parlimen? Ingat..40 % hasil ekonomi Malaysia adalah dari Selangor. Perak dan Pulau Pinang juga merupakan aset kepada Negara. Saya menantikan segalanya berubah.
Satu ruangan pendapat di Utusan Malaysia, dari Mohd Arif Atan :
“suka atau tidak, suara akar umbi rakyat seluruh Negara ini tidak harus dipersoalkan sebaliknya perlu disambut dengan lapang dada disusuli muhasabah diri”
Saya menyambutnya dengan gegak gempita “ Allah hu Akhbar…….!!” Saya cukup suka dan bergembira. Hari Isnin, zon kerja saya cukup selesa dan menceriakan. Zon sehingga 80 %.
Media mengejutkan pembangkang dengan persoalan “ mereka perlu tunaikan janji. Hei…tolonglah media…baru sahaja urusan pertukaran Menteri Besar nak buat, belum lagi jawatan diserah sepenuhnya, mereka belum mesyuarat lagi..yang hangpa dok dengki khianat ni ape pasal? Iye, saya faham , pembangkang harus menegakkan setiap manifesto mereka. Pembangkang harus menunaikan janjinya malah janji kepada Rakyat. Jika PAS mampu membawa perubahan sehingga diterima Rakyat Kelantan, insyaAllah mereka boleh, kerana Rakyat telah memilih BA sebagai wakil baru Malaysia. Tunggu dan lihat bagaimana janji-janji mereka akan dipenuhi dan dijalankan. Mereka akan memimpin dan menerima tanggung juga jawab. Jawablah di akhirat kelak sekiranya tidak membawa mesej jelas dan kebenaran kepada Rakyat. Malah ia makin memualkan bila TV3 mengeluarkan isu TABIKA KEMAS yang di gesa dikosongkan oleh Pihak PAS di Kedah. Isu basi!!!!! Tidak buka minda langsung, Alih-alih keluar kenyataan dari Menteri Besar Kedah baru “ TABIKA KEMAS masih beroperasi…” eh…apa kejadahnya TV3 ni, tadi dia hentam-hentam lepas tu keluarkan kenyataan MB Baru Kedah tersebut. Ni propaganda apa lagi?
Saya beralih kepada Samy Velu yang merayakan Hari Jadinya dengan tersungkur jatuh. Shahrizat Jalil tewas mengejut dengan Puteri Keadilan , Nurul Izzah. M.Kayveas akan meneruskan karier politiknya dan perjuangan menegakkan PPP. Sungguh kelakar apabila sebahagian menteri kabinet Pak Lah terjatuh dan terkejut. Khir Toyo mengemas diri dan mula memindahkan barang.Beringatlah, kita akan berada di atas dan kemudian akan berada di bawah.
Saya menyeru kepada semua Blogger dan rakan, selamat meneruskan perjuangan. Perjuangan saya hanya di atas tulisan yang membantu menyedarkan. Kita sukar perolehi kebenaran dari media, tetapi kita bijak, kerana media semakin memualkan, semakin menjijikkan. Semakin memuntahkan isi-isi basi. Rakyat bosan dan menyampah!
Selamat Berhidmat kepada semua wakil rakyat baru!!!!
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment