Utusan Malaysia telah "diberi amaran" oleh kerajaan berhubung beberapa artikel kontroversi yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar.Kita melencong sikit.....
Beliau bagaimanapun, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya, apabila ditanya mengapa tindakan diambil terhadap beberapa akhbar, tetapi tidak terhadap Utusan.
Akhbar tersebut menjadi sasaran kritikan hebat kerana menyiarkan satu cerpen mengenai pembunuhan seorang ahli politik yang didakwa oleh DAP dimaksudkankepada ahli parlimennya, Teresa Kok.
Syed Hamid juga berkata, polis juga sedang menyiasat bekas ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail atas dakwaan hasutan dan tindakan akan diambil terhadapnya tidak lama lagi. - malaysiakini
Wak nak bagi nasihat ... pada kaum lelaki. Pompuan ni kalau percaya ... memang percaya habis habis. Tapi kalau dah terserempak suami pegang tangan dengan awekkksss .... sampai mati pun tak caya dah.
Sumpah abang tak jumpa Siti !!! ... Dan Bini pun jawab, " Ye la tu ..... "
Dalam hati isteri "Piiiraaah mabok !!!"
Ada jenis isteri yang simpan di hati. Ada isteri yang serang depan depan.
Kalau jumpa suami main kayu tiga... dia tarik rambut, sampai botak tengah tengah kepala. Bila kepala dah botak, duduk tepi cermin tingkap, orang tak tau mana satu cermin, mana satu kepala.
Moral of the storey ? Jangan suka menipu dan jangan duduk sebelah cermin.
Wakakaka ....
4 comments:
Ye lah....
Cakap pasal Botak,teringat...
P.Ramlee awal awal lagi dah buat lagu.
"Suaminya dolu hendsome rambut Panjang dah jadi Botak".
Ini le akibat hidup nak menipu saja,Bini pon susah nak pecaya.
Agak nya Mentri Botak ni lebe kurang nasib nya.
P ramlee tak sempat nak gabung dua lagu jadi satu.
antara
"Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang."
dan
"dolu hendsome rambut Panjang dah jadi Botak"
hasilnya .....
Menteri pandai pembohong, temberang, rambut panjang, sudah jadi botak.
Kah!kah!,
Betol le tu .
"Menteri pandai pembohong, temberang, rambut panjang, sudah jadi botak".
Habis mcm mana kita tak respect Tan Sri P.Ramlee.,
Alif,Mim,Nun,Wau=Sarkas.
Bayangkanlah....dan kebenaranya.
Mati hidup balik pencipta pencipta filem kebelakanga ni tak kan dapat idea begitu.
Yang jelas Setakat buat buluh sembilu,setakat ajok cakap budak budak ,buat derama makan minom ,minom makan..dah jadi Penerbit,pencipta,pelakon,pelawak popular....kaut juta juta,dapat jadi Atok pulak.
Adoh!!!letih memikirkannya.
Alfatihah buat T.S.Pramlee dan Saloma.
Alif mim nun wau = circus.
Umno juga yg kena dek TS PRamli.
Post a Comment