Baca dulu berita INI.
Piala Monsun akan di teruskan. Ratusan juta habis untuk anjurkan Piala Monsun. Infrastruktur dan kata Mohd Said anjuran Piala Monsun tahun lepas cuma telan belanja RM22.6 juta. KLIK SINI
Kenapa sikit sangat? belasah la bilion bilion ... banyak sikit. Kalau kaya pun boleh tahan sampai kiamat.
Jutaan Ringgit tu kalau diberikan kepada Nelayan untuk start business Nelayan Laut Dalam, ramai orang pantai timur yang kaya raya dan kita pun dapat makan ikan segar yang murah murah. Pilihanraya nanti gerenti undi BN.
Ingatkan Piala Monsun ni dah tak der lagi selepas YB Besut jatuh pangkat. Rupanya ..... lebih kurang je.
Maca ada syarat pulak ... "Kalau kau nak jadi PM, Piala Monsun jangan kacau"
Kita marah sebab kita tak ada niat untuk bantu orang jadi kaya. Tu sebab kita sentiasa tak puas hati. Mari aku ajar macamana nak REDHA membantu orang kaya.
Bila nak beli barang dapur ... hati kena ikhlas. Duit cukai beli barang nanti ... korang kena pasang niat
10% duit cukai ni aku serahkan pada Piala Monsun,
10% duit cukai ni untuk Broadband seluruh negara,
10% untuk projek Keretapi Berkembar.
dan 70% untuk komisyen pihak terlibat.
Bila bagi dengan niat, baru tak der komen komen. Kena ikhlas membantu. Jangan jadi beruk siku.
Pada yang potong gaji untuk EPF .... ini niat untuk korang.....
" Bismillahirrahmanirrahim ........ Sahaja aku aku serahkan Potongan EPF aku bulan ini, untuk bantu VALEUCAP SDN BHD. "
Di sudahi dengan salaman AKAD. Goncang sikit dan lepas ni korang semua hati senang. RM5 billion? Tak der hal, kita bantu, esok murah rezeki.
9 comments:
Terima kaseh wak bagi nasihat.
Lepas ni kena pasang niat.
Hehehehe
Tu apa pasal la KERAjaan nak masuk business broadband seluruh negara. Kan ke PM Che Det dah swastakan dan banyak syarikat yang diberi lesen dan mampu buat. Kalau tak bolih mengapa di swastakan dulu. Lebih baik nasionalised semua syarikat telekomunikasi
Salam Wak...
Den suke posting Wak yang ni...
Gemilang, terbilang dan terlentang
Kah kah kah
Takde pape komisen ke Wak dr depa ni psl dah up abis dah
Hehehe
Pasang niat lepas tu kita sumpah ramai ramai.
Cantik la wak
.........cilaka punya penyamun (kata p.ramle-bukan saya)...
bismillahhirahmannirrahim...
sahajo den sorahkan duit EPF den bulan ni utk fakir2 miskin dan anak2 yatim...
selain daghi tuh den x halalkan...
kalo dibuat juo..
den mintak ALLAH laknat org yang bagi tuh...
7 keturunan...
amin ya rabbal alamin....
Ganasnya rasta
Kalau Najib dongar ni terkoncing dio.
wakakakaka .....
BN kan sinonim dengan pembaziran dan sumbat ke poket? Kalau BN tu BN jugalah walau siapa pun jadi MB. Tidak pelik kan?
Bila MTUC minta gaji minima dan COLA, gomen ni buat dek aje.Kesian pekerja swasta,dianaktirikan.Tapi bila takde duit,duit kami yg korang memandai ambik.Lepas tu dapat dividen ciput.Pinjamlah kat CIMB bank, duit tu untuk hari tua kami tau!!!
Post a Comment