KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 26, 2008

Bukti wang S'gor masuk akaun PKR

selangor 100 days stadium 210608 anwarmalaysiakini - [...] Mohd Yahya Mat Sahri, yang meletakkan jawatannya itu Isnin lepas, dikatakan membuat pendedahan itu dalam mesyuarat perhubungan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

"Beliau (Yahya) juga mengakui membawa wakil PAS dalam mesyuarat (tentang akaun tersebut)," kata beberapa pemimpin parti yang turut hadir kepada Malaysiakini.

Wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor, kata sumber-sumber, "dipindahkan kepada akaun PKR negeri kerana Pakatan belum mempunyai akaun tersendiri."

Akaun itu dipercayai wujud sejak kempen pilihanraya umum Mac lalu sebelum parti itu, bersama DAP dan PAS, berjaya merampasnya daripada BN.

Cara PKR mengendalikan wang derma itu dilaporkan dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin PAS, khususnya exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang mengetuai jawatankuasa sambutan tersebut.

Menurut menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang mengakui wujud pemindahan wang tersebut Isnin lalu, jawatankuasa sambutan itu turut disertai oleh Yahya dan beberapa pegawai kerajaan negeri.... selanjutnya.

no2umno - memang dah di jangka, semua ini ada kaitannya .....

1 comments:

Putra IJ80 said...

Buka lah selagi bole buka,dedahkan lah selagi bole dedahkan,ceritakan lah selagi ada yang bole memuaskan hati,.

Yang untung UMNO mereka suka tak terperi,yang rugi diri sendiri dan Party.

Rakyat mengundi,mengharapkan,perubahan yang lebih baik untuk kesejehteraan negeri ,agar hidup tidak di cengkam kemiskinan lagi.

Tapi sekarang apa sudah jadi?.

Bercakaran sesama sendiri.

PRU 13 jangan harap le nak menang lagi.

Posting terkini

Blog Archive