gelanggangjebat - [...] Masing-masing berhujah bahawa mereka sama-sama berjuang dari era 98 hingga kini, sama-sama disembur gas pemedih mata, dipukul dengan belantan dek kerana mempertahankan perjuangan. Dan bilamana berjaya, mereka ini ibarat di lupakan. Jebat ingin bertanya, apa motif kalian berjuang? Untuk mendapat jawatankah atau untuk keadilan, ketelusan rakyat? Jika untuk jawatan, maka sia-sialah perjuangan kalian. Tidak ada bezanya kalian dengan anjing-anjing pengampu BN dan UMNO. Bila diberi jawatan, setia tidak bertempat; bila tidak diberi jawatan, maka akan menyalak malahan akan menggigit tuan. Adakah semua orang politik begini? Hanya retorik dalam perjuangan.
3) Penyaluran duit sumbangan ke akaun PKR
Ini harus disiasat, walaupun Ezam yang menyalak, namun PR harus bertindak. Jangan dibiarkan anjing baru UMNO ini menyalak. Seharusnya kerajaan negeri menubuhkan satu akaun khas yang mengumpulkan dana-dana ini. Tidak salah bagi Jebat jika digunakan untuk PKR namun, ia harus menjurus kepada kemaslahatan rakyat Selangor. Atas nama kerajaan negeri. Jebat tahu bahawa MB akan berbuat yang terbaik untuk rakyat kerana Jebat masih yakinakan ketulusan MB, namun jangan biarkan keyakinan ini terhakis dek keseronokan dan kealpaan dalam memimpin.... selanjutnya.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment