KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 26, 2008

Melukut di tepi gantang

Wak nak ajar korang pasal peribahasa Melayu lama. Tak lama ... tapi lama jugak la. Kali ini tentang 'melukut di tepi gantang'. Korang tau apa maksudnya ....? Jangan main cakap je, kena tahu maksud dan penggunaannya. Kalau orang sebut, jangan angguk macam MP UMNO kat Parlimen. Kena faham tu.

Bahasa asalnya adalah 'Lemukut di tepi gantang', tapi dek sebab orang muda menjadi moden dan susah nak paham bahasa zaman Hang Tuah, maka di tukar kan kepada istilah sekarang, "melukut di tepi gantang". Pengertian bagi peribahasa ini adalah 'Sesuatu yang tidak dihargakan sangat.' Bahasa yang diganding kan dengan peribahasa ini untuk menjelaskan maksud adalah ....'keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi.' Bahasa modennya adalah , "lu ada ke tadak, gua tak der hal." Boleh disamakan dengan gambarajah di bawah ...

http://farm3.static.flickr.com/2103/1640061952_e71e82f1b4.jpg

Merujuk kepada peribahasa tersebut .... wak nak sampaikan berita di bawah.
Blog no2umno ni umpama melukut di tepi gantang...jangan di puji lebih lebih kerana nilai tiada, sekadar satu suara. Datang dari desa bukan nak jadi setiausaha. Wakakak ... macam ada yang kena sindir je.

Tapi itu la maksudnya ...dan ini message yang wak terima pagi ini. dari jejaka tampan yang menamakan dirinya Mr X.

dari petikan disini [klik]
Just wanna inform you this blog have been officially nominated as a candidate for …

Cuma nak beritahu saudara telah dipilih sebagai calon untuk …

The Greatest Malaysian Blog – ANONYMOUS (Bahasa)
Blog Malaysia Yang Paling Bagus – SAMARAN (Bahasa)
(http://thexopinions.blogspot.com/2008/06/greatest-malaysian-blog-anonymous-bm.html)

YOUR OPINION COUNTS!

Message from:
the X opinions (http://thexopinions.blogspot.com/)
Wak ingat siapa mamat nih, tapi korang baca sini juga [klik] . Digandingkan dengan blogger yang canggih dan manggih .... terasa diri sekerdil melukut. Tak dapat jadi gantang, jadi melukut pun jadi lah. Tapi mak gua pesan, jangan menonjol sangat. Nanti buruk padahnya ... Tapi dia pesan lagi, kalau orang tu tanya, gua kena jawab. "Tarak Tok !!! Saya suka suka je. Di orang yang pilih.....err err errr"

4 comments:

Anonymous said...

caya la wak .... !!! Hidup no2umno. hahahaha.

Anonymous said...

Tak payah fames fames wak... nanti orang carik,

Low profile cukup macam tayar kereta.

mangchikla said...

Btoi atau x btoi , alhamdulillah.. kalau ae hadiah duit, bagi kat den! tapi tgk gambau umah tuh, ade satu umah "melayu " diperbuat dari kayu betul betul tersepit antara umah kedai batu . tempat nyer di Chow Kit Road. Nanti kalau den kesana den nak amik gambau dan bagi kat wak. Wak tau umah tuh?

lipascongo said...

salam....
wah faymes la ko lopeh nie wak...
bak kato mangchik kalo ado adiah yang lobih2...
kasik la kek den skit yo wak..
den umpamo melukut topi gantang gak kek sini...
masuk tak lobih kluar tak kurang...
maghcik:
wassup homies...
ghumah tongah2 antaro bangunan batu...
salam semuo...

Posting terkini

Blog Archive