Isu 'hero' cetus kekecohan dalam Dewan
harakahdaily - [...] Topik ingin menjadi hero kepada golongan bukan bumiputera telah mencetuskan kekecohan di dalam sidang Dewan Rakyat pagi ini.
Ia didakwa oleh Menteri Pembangunan Awam dan Koperasi, Dato' Mohd Noh Omar ketika diajukan soalan tambahan ketika sesi soal jawab lisan oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang meminta pihak kementerian menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kerajaan kepada golongan bukan bumiputera terutamanya kaum India.
Namun, Noh dengan sengaja menuduh Siti Mariah sebagai ingin menjadi hero kepada golongan bukan bumiputera yang menurutnya sebelum ini biasanya diutarakan oleh Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).
"Biasanya isu bukan bumiputera ini dijuarai oleh YB Ipoh Timur, tapi kali ini seolah-olah Kota Raja ingin menjadi hero untuk membela golongan ini.
"Kerajaan tetap menyediakan peruntukan yang khusus kepada golongan bukan bumiputera tanpa menjadikan isu perkauman sebagai penghalang kepada penyaluran bantuan kepada mereka,
"cuma pembangkang sahaja yang sering menuduh kerajaan mengambil kesempatan memainkan isu perkauman ini," ujarnya sambil disambut suara yang tidak berpuas hati dengan kenyatan tersebut.
Tegasnya lagi, hal tersebut membuktikan bahawa pihak pembangkang yang sebenarnya sengaja mencetuskan isu perkauman ini sebaliknya BN tidak bersifat perkauman.
Kenyataan Noh tersebut mencetuskan kegawatan dalam dewan sehingga menyebabkan Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam) bangkit mengemukakan 'point of order' yang menyatakan tuduhan Noh tersebut sebagai menyeleweng daripada fakta yang sepatutnya.... selanjutnya.
no2umno - dah memang mentaliti perkauman UMNO, kalau Melayu untuk melayu dan bangsa asing untuk bangsa asing. Patut lah UMNO kecundang tahun ni. Otak pemimpin dah sama taraf dengan otak udang. Noh Omar .... otak British. Muka cam Melayu perasan orang putih.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment