KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 26, 2008

Ketua Penderhaka Hilang Wibawa

buletinonline - Ketua ‘penderhaka’ atau lebih dikenali sebagai Ketua Gang 22, Dato’ Rosol Wahid (Rosol) akhirnya mengangkat bendera putih sebagai tanda menyerah kalah kepada Tengku Awang (Ku Tera) bagi perebutan jawatan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu.

Ku Tera, jika diimbas kembali merupakan ‘mantan sifu’ kepada Rosol ketika beliau mula-mula bertatih, menceburi dunia politik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), YBM Dato’ Tengku Putera sepenuhnya sehingga dicalonkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ajil.

Namun, memang sudah menjadi lumrah dunia, ada anak didik yang selalu derhaka kepada gurunya kerana mengejar habuan yang lebih banyak.

Oleh itu, tidak hairanlah jikalau selama ini dia sudah pandai menderhaka, maka Rosol, tanpa segan silu pula, melakukan perkara yang sama terhadap pihak Istana Terengganu.

Bukan kisah derhaka Rosol yang menjadi fokus, tapi berkaitan sebahagian besar penyokong Rosol yang kecewa, apabila mereka tahu beliau mengangkat tangan tanda ‘surrender’, dan tidak akan ‘lawan tokey’ dalam pemilihan parti yang dijangka diadakan bulan Disember akan datang.

Pengakuan ‘kalah tanpa bertanding’ ini merupakan satu tamparan bagi team beliau yang dilihat begitu bersemangat dan sudah bersedia melakukan ‘sesuatu’ menjelang pemilihan nanti. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive