malaysiakini - [...] Pengerusi BNBCC, Datuk Seri Tiong King Sing berkata wakil rakyat BN berasa terhina dianggap sedemikian sedangkan apa yang mereka cuba lakukan ialah membetulkan keadaan kerana merasakan wartawan tidak seharusnya dihalang daripada menjalankan tugas di Parlimen.
"Setelah kami gagal mendapat penjelasan (mengenai arahan sekatan itu) dari Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia), jawatankuasa peraturan Parlimen dan menteri itu sendiri, kami merasakan sekatan itu perlu dialihkan," katanya kepada Bernama hari ini.
Dua hari lalu, Nazri mengutuk perbuatan beberapa ahli parlimen BN yang mengalihkan sekatan itu di kawasan lobi Parlimen, tempat sidang akhbar diadakan, sambil menyifatkan mereka sebagai "kebudak-budakan dan dari kelab samseng".
Tiong berkata, tidak wajar bagi Nazri menganggap ahli parlimen sebagai samseng dan budak-budak kerana mereka merupakan wakil rakyat.
Katanya BNBCC akan berbincang Isnin ini mengenai tindakan yang akan diambil seterusnya kerana mereka melihat kenyataan Nazri itu "melampau".... selanjutnya.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment