KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 26, 2008

Tak perlu jadi Singh untuk elak saman

Setelah isu menjadi panas, Polis kelantan telah bersetuju untuk tidak menyaman mereka yang memakai serban.

Polis Kelantan henti saman penunggang berserban
klpos - Polis Trafik Kelantan akan menghentikan pengeluaran saman terhadap penunggang motosikal beragama Islam yang memakai serban sehingga mendapat arahan lanjut daripada Bukit Aman dan Jabatan Peguam Negara.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, bahagian perundangan Bukit Aman kini sedang mengkaji untuk membuat penetapan mengenai bentuk serban yang boleh dipakai tanpa penunggang motosikal perlu memakai topi keledar.

Menurut beliau, pengecualian pada masa ini bagaimanapun hanya tertakluk kepada pemakai serban saja dan tidak membabit mereka yang memakai pelbagai hiasan yang menutup kepala lain termasuk semutar atau kopiah.

"Jika sesiapa didapati tidak memakai topi keledar atau serban ketika menunggang motosikal mereka akan tetap dikenakan saman," kata beliau.

Semalam akhbar melaporkan seorang pelajar sebuah sekolah pondok, Ahmad Nasir Darus, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin selepas disaman kerana tidak memakai topi keledar, tetapi memakai serban.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive