KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 20, 2008

Salahuddin nafikan laporan The Star

harakahdaily - Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan pendirian tegas akan bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor untuk meneruskan bantahan jika pandangan Pemuda PAS tidak diambil kira demi menjaga nama baik Sultan dan imej kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Ketuanya, Salahuddin Ayub menafikan kenyataan yang dilaporkan dalam The Star `PAS Youth calls off protest' dalam halaman 23 yang mendakwa beliau telah mengarahkan supaya bantahan itu dibatalkan.

"Tidak timbul masalah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan saya mengarahkan perhimpunan yang dicadangkan sebagai langkah terakhir Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor itu dibatalkan.

"Laporan itu tidak benar sama sekali," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong penuh tindakan Pemuda PAS Negeri Selangor dan akan bersama-sama dengan mereka membantah kehadiran artis Ratu Dangdut, Mas Idayu dan Ratu Rock, Ella pada 6 Julai nanti, jika kritikan tersebut tidak diambil kira oleh pihak kerajaan negeri.

Sebelum ini beliau telah mengadakan perbincangan dan bersetuju dengan tindakan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi yang menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, Pemuda PAS telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkenaan dan menggunakan seluruh saluran untuk mencari jalan penyelesaian.

"Sehingga ke tahap saya telah memberikan keizinan untuk Pemuda PAS Selangor menghadap Sultan Selangor sekiranya dipanggil untuk memperjelaskan pendirian terhadap isu perlakuan artis yang menunjukkan contoh tidak baik kepada perkembangan anak muda," jelasnya.... selanjutnya.

1 comments:

Putra IJ80 said...

Di harap PAS meneruskan bantahan,biar apa pun yg berlaku,.

Kita tidak mau untung sekarung i.e berbaik dgn PR(Kemungkaran)tapi kita rugi seguni i.e Dengan kemurkaan Allah s.w.t.

PAS tetap dgn perjuangan.,nescaya Allah memberi jalan kebaikan untuk mencapai metelamatnya.

Posting terkini

Blog Archive