KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 3, 2008

Malaysia Baru - Janji Anwar 16 September ini

Harakah | Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petrolium serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini.

Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya.

"16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, " jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive