KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 15, 2008

Tindakan ISA tidak tepat - S/U pemuda UMNO

Utusan | Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahalan menyifatkan penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap wartawan Tan Hoon Cheng sebagai tidak tepat dan boleh menjejaskan imej kerajaan.

Malah ujar beliau, alasan-alasan yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar bahawa wartawan itu perlu dilindungi kerana menerima ancaman bunuh juga disifatkan ‘mengundang kekeliruan’.

Persoalannya kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, mengapa perlu guna ISA sedangkan polis boleh memberi perlindungan kepada Hoon Cheng.

‘‘Penggunaan ISA adalah untuk perkara yang serius dan perlu diguna pakai apabila undang-undang lain tidak mencukupi atau tidak dapat menyelesaikan masalah yang boleh menggugat keselamatan negara dengan segera,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.... selanjutnya.

1 comments:

Anonymous said...

"Malah ujar beliau, alasan-alasan yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar bahawa wartawan itu perlu dilindungi kerana menerima ancaman bunuh juga disifatkan ‘mengundang kekeliruan’."

memang pelik...saiful yg kononnya kena liwat tu, dilindungi polis sampai sekarang kerana bimbangkan keselamatannya...saiful tu dilindungi under ISA ke?? hamid lebar, kalau ko nak menipu pun, gi lah amek kursus menipu dulu..

Posting terkini

Blog Archive