Dengan ertikata lain, balik dengan BN, undi pada PAS. Kekecewaan beliau di lahirkan melalui temubual dan beliau turut menyatakan bahawa isu BN peringkat NASIONAL telah menyebabkan BN Kelantan gagal. Macam nak salahkan Dollah Badawi aje.
Bawa pulang pengundi luar satu kesilapan
kosmo
KOTA BHARU - Strategi membawa pengundi Kelantan di luar pulang adalah suatu kesilapan kerana mereka yang terdiri dari golongan muda gagal memberi undi kepada BN.
Demikian ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa yang membuat kesimpulan mengenai kekalahan teruk parti itu di tangan Pas.
"Lebih 100,000 pengundi Kelantan dari luar pulang namun, mereka yang sepatutnya membantu kemenangan BN sebaliknya menjadi faktor kekalahan BN.
"Kita sudah menjalankan kempen yang baik untuk kawasan setempat tetapi pengundi luar ini pulang dengan 'virus-virus" politik dari luar yang menolak BN secara total," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini semalam.
Tambahnya, pada pilihan raya 2004, golongan muda dan pengundi luar adalah faktor kemenangan BN di Kelantan namun, kali ini berlaku sebaliknya.
"Berdasarkan analisis, kita kalah teruk di saluran muda pada semua peti undi dan ini menunjukkan golongan muda Kelantan dari luar menolak BN," ujarnya.
Bagaimanapun ketika ditanya sama ada calon muda dan manifesto BN menjadi punca kekalahan, beliau menjawab:
"Bukan sebab calon, tapi fenomena politik bersifat nasional menyebabkan Kelantan turut menerima tempiasnya sementara kurangnya keyakinan terhadap BN menyebabkan situasi ini berlaku.
"Kita terima dengan hati terbuka dan ini bukanlah waktu untuk semua ahli UMNO dan BN berpecah tetapi kita perlu duduk dan fikirkan sesuatu yang mampu dibuat dengan kekuatan yang masih ada," jelasnya.
Jelas Annuar, beliau tidak pernah memikirkan kepentingan sendiri dan ketika ini tumpuan utama untuk membantu parti dan kerajaan.
Mar 10, 2008
ANUAR MUSA KECEWA DENGAN PENGUNDI LUAR
Labels: Anuar musa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 28, 2008
Problem Annuar Musa
msomelayu
Umno Kelantan Mengaku Kalah Sebelum Berjuang!
Mendengar kenyataan Annuar itu, sedikit sebanyak menyebabkan ada juga pemimpin Pas menggeletar. Ahli dan penyokong yang berjiwa kecil terus dilamun kesedihan dan kedukacitaan bimbang kehilangan kerajaan Kelantan yang satu-satu kerajaan bercirikan Islam sejati.
Kenapa tidak, strategi itu memang sesuatu yang praktikal dan dapat dilaksanakan oleh Umno yang terkenal dengan permainan politik wangnya.
Menghuraikan keadaan ini atau mencari jawaban apakah kenyatan itu benar cukup mudah sekali. Kalau benarlah apa yang dikatakan itu, masakan pemimpin Umno Kelantan takut untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Tetapi soalnya kenapa lagak dan wajah pemimpin Umno Kelantan tidak mencerminkan keriangan bila pilihan raya semakin hampir? Kenapa mereka menjadi seram sejuk?
Ketakutan di kalangan pemimpin Umno ini semakin jelas. Rata-rata mereka menang di kerusi DUN dalam pilihan raya lalu dikatakan telah membuat persiapan untuk menyelamatkan diri masing-masing dengan berpindah untuk bertanding di kerusi parlimen sehinggakan berlaku pencakaran sesama sendiri. more...
Labels: Anuar musa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
