KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Beli Undi. Show all posts
Showing posts with label Beli Undi. Show all posts

Mar 27, 2008

BPR buka kertas siasatan kes beli sokongan di Terengganu ketika pilihan raya

Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata kertas siasatan berhubung perkara itu juga sudah dibuka tetapi enggan menjelaskan jumlah laporan yang diterima.

"Kami ada menerima beberapa laporan membabitkan perkara itu di Terengganu. Bagaimanapun, saya belum memperoleh maklumat terperinci mengenainya, tapi yang pasti ia berkaitan cubaan membeli sokongan dan pengaruh politik.

"Bagaimanapun, kes ini tidaklah secara jelas membabitkan aduan 'memancing' Ahli Parlimen untuk lompat parti...tapi lebih menjurus kepada cubaan memperoleh sokongan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Amalan Integriti Dalam Tugas' di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, semalam.

Ditanya sama ada BPR menerima laporan berhubung kes pembelian Ahli Parlimen yang dilobi untuk melompat parti di Sabah dan Sarawak, Abu Kassim berkata beliau tidak ada menerima laporan mengenainya.

Mengenai laporan kes salah laku dan penyelewengan membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan bekas Exco di Terengganu, Abu Kassim berkata, BPR sedang menjalankan siasatan mengenainya. - Berita Harian

Mar 20, 2008

GUAN ENG SINDIR PAK LAH

Guan Eng minta PM buat laporan polis
mstar

BUTTERWORTH: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada hari Khamis meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat laporan polis jika mempunyai bukti bahawa parti pembangkang "membeli" Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan kerajaan.

Beliau berkata perkara sedemikian harus dilaporkan kepada polis kerana ia merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dianggap sebagai amalan rasuah.

"Kalau ada bukti, saya harap beliau boleh tunjukkan supaya tindakan boleh diambil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini.

Setiausaha Agung DAP itu juga turut menafikan bahawa partinya terlibat dalam kegiatan seumpama itu.

Akhbar-akhbar hari ini memetik Abdullah sebagai berkata beliau sedar mengenai cubaan membeli Anggota Parlimen BN dan menegaskan bahawa tidak ada sebab untuk kerajaan yang diterajuinya ditumbangkan kerana kerajaan BN kuat dan mendapat sokongan rakyat.

Akhbar juga melaporkan bahawa pakatan pembangkang yang memenangi 82 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 8 Mac lepas dikatakan sedang berusaha menarik beberapa Anggota Parlimen parti komponen BN di Sabah dan Sarawak untuk mencapai majoriti mudah dalam Dewan Rakyat sekali gus membentuk kerajaan.

Ketika ditanya sama ada Kerajaan Negeri pakatan DAP-PKR itu akan membuat sebarang rombakan kepada beberapa agensi kerajaan negeri seperti Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Bhd (PBAPP), Lim menegaskan bahawa perkara itu hanya akan dilakukan jika difikirkan perlu.

Bagaimanapun, setakat ini, kerajaan negeri tidak mahu menimbulkan sebarang keresahan dalam kalangan semua pihak dan tidak mahu terburuburu untuk melakukankan rombakan itu, katanya.

Sementara itu, Lim melahirkan kegembiraan kerana dapat menghadiri sambutan Maulidur Rasul hari ini dan ini menunjukkan sikap kerajaan negeri pimpinannya yang menghormati semua agama yang dianuti rakyat negeri ini.

Posting terkini

Blog Archive