KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit Melayu. Show all posts
Showing posts with label Belit Melayu. Show all posts

Nov 30, 2008

Monopoli punca Melayu gagal

utusan | Monopoli berterusan syarikat-syarikat besar bumiputera terhadap projek-projek mega didakwa menjadi punca utama kegagalan pencapaian 30 peratus ekuiti bumiputera di negara ini.

Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (gambar) berkata, sikap tamak dan mementingkan diri itu mengakibatkan kadar pencapaian ekuiti bumiputera kini hanya 18.9 peratus.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, keadaan tersebut membuatkan sasaran 30 peratus itu terbantut sekali gus merugikan syarikat-syarikat kecil dan sederhana milik bumiputera.

"Walaupun kerajaan masih belum wujudkan undang-undang antimonopoli di negara ini tetapi perbuatan tersebut tidak harus dibiarkan.

"Syarikat-syarikat besar yang mendapat projek besar tidak beri kepada orang lain sebaliknya mereka sanggup tubuhkan syarikat baru dengan menggunakan nama lain semata-mata untuk mendapatkan semua projek,'' katanya.... more.
Wakakak ... pandai, tapi bodoh
Dah tau .. tapi buat lagi
Nko rahim pun sama gak
UMNO semua sama, cakap pasal perjuangan, tapi bila buat ntah apa apa.
Masing masing berlakun cukup terror !
Wakakakakakka

Nov 18, 2008

Tiada istilah ketuanan Melayu dalam Islam - TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.... selanjutnya.
Wakakakka .. ada Melayu yang di bodohkan Melayu dari dulu ... wakakak.
Bukan ketuanan Melayu ... tapi SAMPAI KE TUA LA LU MELAYU ... wakakak

Apr 13, 2008

PERJUANGAN MELAYU PERJUANGAN BATANG PISANG

KUALA LUMPUR 12 April - Perhimpunan Perpaduan Melayu sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kira-kira 3,000 peserta menghadiri majlis tersebut yang dianjurkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang dikenali sebagai Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

NGO terlibat ialah Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) - Utusan meloya.

Radenjowo
Melayu, satu kaum yang dulunya dikhabarkan gemilang, terbilang tetapi sekarang ramai yang sudah temberang. Ramai Melayu tapi nilai jati melayu sebenarnya sudah hancur. Yang ada sekarang adalah susur galur melayu yang menanti untuk terus lebur dan meleleh leleh. Semuanya gara gara pemimpin Melayu UMNO yang lupa bangsa dan mahu membina bumi mereka sendiri. Kaya raja macam dunia ini mereka yang punya.

Melayu ada yang kafir, Islam dan murtad. Tak boleh nak kata Melayu itu semuanya Islam kerana darah keturunan Melayu tidak membawa bersama agama. Melayu akan kekal sebagai Melayu walaupun beragama lain. Melayu akan kekal sebagai Melayu walaupun mereka itu hidup seperti mat Salleh. Maka sekarang ramai Melayu dah jadi melayu celup. Semuanya kerana Melayu sendiri sudah lupa tentang Islam dan budaya melayu.

Bila bercerita tentang perjuangan bangsa Melayu, baru lah Melayu menjadi Melayu. Jalannya tunduk kebumi, Bahasanya berpantun dan syair, berkain songket, berbaju kurung dan berbaju melayu, berselindang, bersamping dan berkeris. Tapi dipoket terselit PEN 'Montblanc' buatan bangsa Eropah. Jam tangan yang harga nya beribu ribu hasil buatan bangsa lain. Malah air mineral yang dibotol dan dijual oleh bangsa lain. Ikhlas kah melayu berjuang?

Perjuangan melayu menjadi karut apabila ada pemimpin yang menggunakan Melayu sebagai batu loncatan. Bersilat masa nak jadi pemimpin dan bila sudah menjadi pemimpin, semua nya berubah menjadi sotong dan kaki kelentong, dibelai dengan helaian note berwajah gabenor. Silat nya berterabur, tanjaknya sudah tidak melilit kepala tetapi menutup mata.

Kerana ada pemimpin yang sebegini, maka bangsa melayu pun hilang selera untuk menjadi penyokong dan meninggalkan kumpulan Melayu.

Yang lain, tak payah cerita tentang bangsa. Itu sebab di dalam Melayu sendiri pun sudah tak karuan. Mamak dengan mamaknya, Syed dengan Syednya, Bajau dengan bajaunya, jawa dengan jawanya, banjar dengan banjarnya dan banyak lagi.


Perjuangan Pemimpin Melayu untuk istana ini

Perjuangan bangsa melayu selama ini untuk sekadar hidup

Perjuangan Melayu adalah hanya untuk masa terdesak. Kalau sebelum ini perjuangan Melayu untuk kuasa. UMNO merujuk kepada perjuangan Melayu hipokrit. Kalau Melayu jenama seperti ini berhimpun, maka ramai lah bangsa Melayu yang berebut kuasa. Setiap tahun sepanjang masa bercerita tentang jawatan dan pangkat, peluang dan bagaimana untuk menjadi kaya. MElayu akan pulang kepada perjuangan, apabila UMNO kalah teruk. Bercakap tentang perjuangan, tapi hati tuhan sahaja yang tahu. Mungkin berlaku seperti dahulu apabila Melayu dipanggil untuk menjadi benteng, sedangkan ketua ketua duduk berdengkur dan tunggu keputusan. Kalau berjaya ...... aku kaya. Akhirnya melayu jadi batang pisang yang tunggu waktu di cucuk oleh todak.

Hasil dari 13 Mei, Cina berdendam sampai lah sekarang. Mereka kukuhkan ekonomi mereka. Tindakannya seperti yahudi. Senyap, negeri kecil, di kecam seluruh dunia, Perlahan lahan bangun memegang kuasa ekonomi dan sekarang semua negara tunduk padanya. Itu lah kaedah yang cina pakai sekarang. Melayu seperti bangsa Arab. Berkokok dan tunduk pada kuasa Barat.

Selepas UMNO berjaya ambil semula kuasa. Melayu terbahagi kepada 2 kelompok utama. Melayu UMNO dan Melayu bukan UMNO. Kalau nak bantu, kena jadi Melayu UMNO. Jika tidak, tak payah bantu. Kalau tak bercop Dacing dan UMNO di dahi, jangan berangan nak rumah murah. Bukan free, benda kena beli pun tak boleh. Kalau nak berniaga, kena menjadi Melayu UMNO baru boleh dibantu, kalau tidak menjaja saja lah nasi lemak di tepi jalan. Usahkan pinjaman, bantuan pun tak tentu lagi. Silap silap gerai pun kena angkat penguatkuasa, sedangkan restoran bangsa lain semakin membesar dan semakin melebar. Nak ngadu pada siapa kalau Melayu yang ada kat atas lebih tunggul dari tunggul.

Ada pihak yang menjadi kan UMNO sebagai Pelampung aras bangsa Melayu. Bila UMNO kalah, Melayu hancur. Maka bergegaslah mereka berkumpul. Dipanggilnya raja dan NGO untuk kuatkan sokongan. Sebelum ini, UMNO sendiri pun tendang raja ketepi. Tapi perhimpunan yang baru ini tidak ditaja oleh UMNO kecuali adalah segelintir NGO yang ombaknya sentiasa biru walau lambangnya hijau, seperti PEKIDA. Kalau ada NGO seperti ini, kepala terbayang adanya UMNO di belakang, Tapi UMNO sekarang malu malu kucing. Tak tunjuk wajah, ekor yang kelihatan.

Berjayakah mereka membangkitkan lagi semangat Melayu atau melayu sudah tidak mahu mengaku Melayu? Aku tidak mengaku menjadi Melayu tetapi aku adalah Islam. Kalau berjuang untuk Islam, kita bangun dan tentang, tapi kalau setakat Melayu ..... baik aku tidur dan bangun bila perlu.

Kalau aku melayu, aku mahu serang siapa? Cina dan India pun ada yang menjadi saudara seislam ku? Huhhh....serba salah dan aku kata perjuangan melayu adalah perjuangan orang yang keliru. Tak tau apa yang diperjuangkan kecuali berkokok untuk jaga pangkat pemimpin.

Aku tak mahu ditipu lagi. Bukan mudah untuk berjaya, kehulu dan kehilir harap belas ehsan pada pemimpin, tak der satu pun yang mereka bantu. Sekarang aku masih disini, dah muak dengan janji manis perjuangan melayu. Aku tak mahu lagi menjadi BATANG PISANG. Kalau berperang, aku kedepan. Bila dah berjaya, aku disisihkan....

Nak tahu kemana perjuangan melayu? Rujuk berikut, gila pangkat dan yang ditentang adalah melayu sendiri.
Mat Taib blames UMNO leaders for its own loss
Rahim Thamby Chik Willing To Contest Any Post In Umno
sape kaya di kalangan orang UMNO??
Isu Selangor FM. Celuparnya Ahmad Sabree.
Mat Taib kata Umno kalah sebab pemimpin angkuh
Alahai Rahim Tamby Chik
Shabery mula tiru perangai Zainuddin Maidin

Mar 12, 2008

UMNO TERUS UNGGUL DENGAN TUNGGUL



UMNO PERLIS sudah berkecamuk: Rujuk: agendadaily. Dalam berbalah, UMNO pukul bersih pilihanraya di sana. Diberitakan Shahidan sudah mendapat surat watikah. Betul atau tidak, yang pasti ada pihak yang tidak senang dengan beliau. Bukan pembangkang, tapi di dalam UMNO sendiri. Mampu kah shahidan mengukuhkan kedudukannya kemudian hari? Kita lihat dan tonton drama 'keluarga 69' UMNO perlis. Kelakar pun ada, menyampah pun ada. Ditolak, masih jadi pemimpin.

UMNO marah pada Dollah kerana tak mahu berundur, tapi Shahidan pun lebih kurang sama. Pemimpin UMNO semuanya sama. Ditolak kemudian penyokong angkat tangan beri sokongan. Itu sebab, kalau di dalam UMNO ni, tunggul pun boleh hidup.... dah budayanya memang cam tu.

No2umnO - Wak respect pada Koh Tsu Koon, dah kalah tapi masih berbudaya politik yang sihat. Serah kuasa pada Lim Guan Eng dengan hati yang terbuka. Orang bersih memang cam tu. Tapi apa jadi dengan bekas Menteri Besar Melayu yang lain, baik KEDAH, PERAK dan SELANGOR? Semua pemimpinnya Melayu, tapi macam tak der budaya. Hilang tak nampak batang hidung sampai dua tiga hari. Ada yang nangis tak berlagu. Tak gentlement langsung ...... Jangan cerita pasal Melayu berbudaya. Sopan santun kononn........ HAPRAK punya Melayu.

Posting terkini

Blog Archive