KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit Taib Mahmud. Show all posts
Showing posts with label Belit Taib Mahmud. Show all posts

Jul 26, 2008

Sarawak use BMW, MERZ, JAGUAR and ROLLS ROYCE

http://1chauffeur.co.uk/a/i/rolls-royce-silver-shadow.jpg

Korang bising pasal Merz .... Sarawak negara yang tak betul sangat jalannya, guna BMW, MERZ, JAGUAR dan MERZ untuk kepimpinan kerajaan negeri. Cuba check kos selenggara kenderaan diorang .... Komen sikit Dolllah.
NST |While controversy rages over the Terengganu government's choice of official cars, in Sarawak it is a non-issue as the official cars for ministers and assistant ministers had always been either the Mercedes Benz or BMW.

The Proton Perdana are used only by the heads of department but the model has since lost favour even among this group due to claims of high maintenance cost and reliability issues.

"The state has not bought a Perdana for a number of years now," said a senior government official who declined to be named.

He said like ministers and assistant ministers, the heads of department had a choice on the model of car they preferred as long as it was within their entitlement.

Most heads of department are now using the Toyota Camry. Some have opted for the Honda Accord.
Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud's official car is the Rolls Royce Silver Shadow.

His two deputies, Tan Sri Dr George Chan and Tan Sri Alfred Jabu, use the BMW 7 series as their official cars.

Some ministers, like Housing Minister Datuk Seri Abang Johari Tun Openg and Second Minister of Planning and Resource Management Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan, have Jaguar XJ as their official cars.... selanjutnya.

Apr 6, 2008

Taib Mahmud asyik membayangkan .....

Radenjowo
Ini lah saki baki kepimpinan yang ada kat Malaysia. Boleh tersenarai bersama, Samy Vellu, Pak Lah .... Mahathir walaupun dah tak bergelar PM dan beberapa orang lain. Kalau nak pecah rekod pun boleh. Rekod harta terbanyak.

Lahir pada 21 May 1936, Anak saudara kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Yaakub Taib Mahmud. Sudah berada di tampuk kekayaan, kekuasaan dan kemewahan sejak 1981. Bemakna sudah 27 tahun.

Pelbagai lapuran salahguna kuasa dan rasuah ke atas beliau. Kebanyakan kes membabitkan soal tanah, wang dan balak. Juga pernah di babitkan dengan kaitan gerombolan SAMSENG yang banyak di Sarawak. ISu baru baru ini telah tertutup kerana PRU12. Hari ini kakek ini bercerita tentang BAYANGAN untuk meletakkan jawatan.

Menurutnya, "Cucu saya panggil saya nenenda, anak-anak saya memanggil saya ayahanda. Itu membuatkan saya sedar saya semakin tua dan ia adalah masa untuk saya berundur daripada politik,"
Mei ini genap umur beliau 72 tahun, pernah di hantar ke hospital kerana sakit kronik tetapi kembali pulih.

Di dalam ucapannya pada jamuan meraikan kemenangan, Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata hampir 90 peratus penduduk di situ miskin pada tahun 1970 ketika beliau pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
"Pada masa itu sesiapa yang mempunyai 10 helai baju sudah dikira sangat kaya. Jadi perjuangan kami ketika itu sangat jelas iaitu kami perlu mengubah kehidupan rakyat supaya boleh menikmati faedah kemerdekaan," katanya.

Jelasnya lagi, "Pada masa itu apabila kami berkempen pada pilihan raya, kami terpaksa berjalan kaki, tapi kini ia lebih mudah kerana anda boleh menggunakan kenderaan kerana kebanyakan kawasan mempunyai hubungan jalan raya,"
Ini lah demokrasi Malaysia, membenarkan manusia sebegini menjadi pemimpin. Apa yang tiada pada beliau? Semua dah ada, cuma rumah kata pergi, kubur kata mari. Kalau ada lah pemimpin sebegini di Malaysia, hancur negara. Berita kata rakyat mewah, tapi siapa sebenarnya yang mewah? Kalau pemimpin kata Merdeka, siapa yang sebenarnya merdeka?

Kalau asyik nak bayangkan untuk berundur, sampai bila pun tak berundur. Tapi melalui demokrasi ..... alasan mereka, majoriti rakyat sokong. Maka terus jadi pemimpin. Tipu atau tidak, itu mereka tahu, tapi buat buat tak tahu. Apa yang kita tahu, Sarawak sempadan kepada Indonesia, Kalimantan. Maka tak hairan kalau setiap kali pilihanraya, tahun Melawat Sarawak pun bermula. Tapi melawat untuk satu hari sahaja, yakni hari mengundi.

Bantai lah mamat, kau jawab lah nanti. Apa nak bayang bayang, kalau nak tongkat langit, tongkat lah selagi mampu.

Rujuk juga:
Malaysia Today: MT-Loony Malaysia: How much is Taib Mahmud worth?
Wood carriers allegedly hid 1.1 billion yen income
The Borneo Project : Sarawak Penan Association: We Blockade to Stop Encroachments on Ancestral Lands

Feb 8, 2008

TAKKAN TAIB MAHMUD TAK TAU?


Perjuangan suku Penan

Cabaran paling besar golongan warga emas suku Penan dalam menyelamatkan budaya mereka di hutan Borneo ialah apabila generasi mudanya langsung tidak berminat memelihara hutan tersebut.

PAUL JOHN (kiri) dan Roland Allen berbual-bual di rumah mereka di Perkampungan Long Main, di Miri, Sarawak.

KETIKA ngauman mesin gergaji rantai kedengaran dari jauh, Ajang Kiew, 54, salah seorang lelaki dari suku Penan, hilang perjuangan untuk menyelamatkan budayanya di hutan hujan Borneo.

Kemusnahan alam sekitar yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pembalakan yang menceroboh hingga ke wilayah suku Penan bukan satu-satunya cabaran yang dihadapi orang-orangnya yang kini kebanyakan mereka hidup di kawasan kampung.

Ketika pembalak membina jalan untuk masuk ke hutan tebal bagi membolehkan mereka mengeluarkan balak-balak yang ditebang, mereka turut membuka laluan ke dunia moden termasuk televisyen, makanan ringan dan idea-idea baru.

Di kawasan perkhemahan pembalak dan di penempatan suku Penan, televisyen satelit kini satu perkara biasa. Ia dijana oleh bekalan elektrik melalui generator diesel atau pam mini hidro-elektrik.

Ajang berkata, bahawa ketika pelindung hutan semakin hilang, generasi muda Penan tidak lagi mempunyai keinginan terhadap alam persekitaran semula jadi atau budaya tradisi mereka yang kuno dan cara kehidupan.

Mereka lebih suka mendengar muzik pop berbanding suara binatang-binatang liar, serangga atau unggas di rimba; menggemari makanan segera seperti McDonalds berbanding diet daging babi atau rusa.


"Ya, memang saya mahukan sekolah dan klinik tetapi kami perlukan hutan ini untuk memelihara budaya kami," kata Ajang di daerah Long San, lebih kurang 200 kilometer dari tenggara Miri, bandar yang kaya dengan minyak di Sarawak.

"Di kampung saya di Long Sayan, pembalak-pembalak telah memusnahkan hutan termasuk perkuburan nenek moyang kami," jelas Ajang yang merupakan pengerusi Persatuan Penan di Sarawak.

"Jika habitat dan hasil-hasil hutan pupus, budaya kami juga akan turut pupus dan hilang dari muka bumi ini."

Tetapi bagi Roland Allen, 21, seorang mahasiswa dari sebuah universiti di Sarawak berkata, dia tidak mempunyai minat atau keinginan untuk memelihara hutan dan budayanya yang semakin pupus.

"Saya lebih suka tinggal di bandar dan menikmati gaya hidup moden," katanya kepada AFP sewaktu lawatan ke rumah pusaka nenek moyangnya di Kampung Long Main, setengah jam perjalanan menaiki helikopter dari Long San.

"Kami perlu korbankan hutan ini untuk lebih maju ke hadapan. Pendidikan merupakan senjata utama. Kami perlukan jalan, sekolah dan juga klinik perubatan," tegasnya.

Di belakang rumah Allen, terdapat pam mini hidro-elektrik yang ditaja oleh syarikat pembalakan gergasi, Samling yang mampu menjana kuasa elektrik dalam kuantiti yang besar.

Perancangan Samling untuk membina jalan baru ke Long Main tergendala disebabkan segelintir suku Penan yang bertindak menghalang tindakan tersebut demi memelihara hutan mereka.

Firma itu yang tersenarai dalam stok pertukaran Hong Kong, menerbangkan sekumpulan wartawan antarabangsa ke kawasan tersebut untuk mendengar cerita daripada kedua-dua belah pihak.

Allen berkata, tanpa jalan, kehidupan agak sukar buat 150 penduduk di Long Main terutamanya sewaktu musim hujan apabila perjalanan di sepanjang hutan atau sungai menjadi lebih berbahaya.

Seorang lagi anak muda, Paul John, 22, yang pulang ke kampung selepas gagal mendapat sebarang pekerjaan turut merasakan perkara yang sama.

"Saya membantu ibu bapa memburu babi hutan. Saya gembira berada di sini. Tetapi kami perlu berubah. Kami perlukan pekerjaan. Hidup di hutan amat susah. Suku kaum Penan perlukan perubahan untuk maju," katanya.

Ajang ternyata menghadapi masalah besar oleh generasi baru yang tidak berminat memelihara hutan mereka.

Dahulu dia sendiri pernah menganjurkan satu kepungan untuk menghalang syarikat pembalakan mengeluarkan hasil balak yang ditebang dan beliau dipenjarakan sebanyak tiga kali kerana kempennya itu.

Samling menegaskan, mereka hanya menebang pokok balak yang terpilih dan pokok yang mempunyai nilai komersial manakala lain-lain pokok seperti rotan dan sagu tidak disentuh.

Tambahnya, mereka mahu menggunakan kawasan pembalakan ini untuk mempromosikan pelancongan perhutanan.

Antaranya dengan melatih penduduk tempatan sebagai pemandu pelancong dan membantu membawa pelancong asing melawat air terjun atau kawasan perkampungan dan menyaksikan sendiri kemahiran tradisional dan budaya kaum Penan.

Raymond Abin dari Institut Kajiselidik Borneo di Miri berkata, budaya Penan kini semakin terhapus.

"Apabila mereka terdedah kepada pengaruh dunia luar, masalah sosial seperti minum arak semakin membimbangkan," katanya.


Tambah Raymond lagi, kadar perceraian turut meningkat terutamanya antara wanita Penan yang mengahwini orang luar yang bekerja dengan syarikat pembalakan.

"Apabila syarikat pembalakan menyelesaikan tugas mereka di satu-satu kawasan, pekerja itu kemudian meninggalkan keluarga Penan yang dikahwininya."

Raymond berkata, terdapat sekurang-kurangnya 15,000 suku Penan di Sarawak termasuk 300 yang masih menetap secara nomad di dalam hutan.- AFP

Posting terkini

Blog Archive