KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Cuepacs. Show all posts
Showing posts with label Cuepacs. Show all posts

Oct 24, 2008

CUEPACS menghasut?

No plan to retrench 50,000, says govt

NST | PUTRAJAYA: The Public Services Department (PSD) has rubbished talk that more than 50,000 contract employees in the civil service would be retrenched by the end of this year due to budget constraints.... selanjutnya.
Sebelum ini ... kenyataan di buat oleh CUEPACS ....
Ditanya sama ada ianya kerana kerajaan menghadapi kekangan kewangan, beliau berkata, ia mungkin disebabkan tiada lagi peruntukan gaji untuk kakitangan awam kontrak.

Bagaimanapun, katanya, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana yakin kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan mereka. - Malaysiakini
Kalau CUEPACS berjaya menimbulkan keresahan kepada penjawat awam yang seramai 50,000 orang itu, maka apalah salahnya sekali sekali cuba di kenakan AKTA HASUTAN 1948

Apr 19, 2008

Cuepacs Salah Tafsir Kenyataan Saya, Kata Abdullah

bernama - Kerajaan masih menimbangkan secara positif sama ada akan meningkatkan umur persaraan kakitangan sektor awam daripada 56 tahun kepada antara 58 dan 60 tahun, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau telah menerima secara positif cadangan yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), tetapi belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.

Katanya Cuepacs telah menyalahtafsirkan kenyataannya.

"Cuepacs telah membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan. Saya telah mengatakan bahawa saya ingin melihat ini sebagai satu cadangan yang positif.

"Saya bersikap positif mengenainya untuk meningkatkan umur persaraan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemukiman bersama Anggota Parlimen Barisan Nasional di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata umur persaraan yang baru hanya akan diumumkan pada satu pertemuan dengan Cuepacs yang dijadualkan bulan depan.

"Saya tak katakan 60 tahun. Dan saya katakan, umur persaraan itu akan saya umumkan kemudian," katanya.

Presiden Cuepacs Omar Osman dalam satu pertemuan dengan perdana menteri Khamis lepas telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju menerima lima tuntutan kesatuan itu.

Lima tuntutan itu ialah kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar, pelanjutan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 60 tahun, pengubahan kaedah peperiksaan Pernilaian Tahap kecekapan (PTK) serta elaun kritikal dan imbuhan tetap perumahan.

Satu lagi tuntutan iaitu pemberian honorarium RM2,000 kepada 1.2 juta kakitangan awam bagaimanapun ditolak oleh kerajaan kerana keadaan semasa termasuk masalah kenaikan harga barang.

Apr 17, 2008

Panas Cuepacs reda esok?

MStar - SELEPAS dua minggu memberi kata dua, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dijadual akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, esok.

Cuepacs telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada Isnin lalu.

Hari ini rombongan Cuepacs juga telah menemui Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam bagi membincangkan pendirian dan tuntutan-tuntutan yang telah dikemukakan.

Pada 2 April lalu Presiden Cuepacs, Omar Osman mengumumkan pendirian pihaknya untuk memulaukan sambutan Hari Pekerja dan Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam bulan depan jika kerajaan gagal memberi kata putus berhubung lima tuntutan kongres tersebut.

Pendirian Cuepacs sehingga petang ini ialah akan memulaukan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 3 Mei ini dan Hari Pekerja Sektor Awam di Putrajaya pada 29 Mei. more...

dan rujuk kepada berita ini
Kerajaan Pakatan rakyat rancang sambutan Hari Pekerja besar-besaran pada 3 Mei

No2umnO - Wak dapat info mengatakan bahawa ada pihak ke3 yang desak CUEPACS mengugut Pak Lah untuk boikot perhimpunan. Tak tau betul atau tidak tetapi nama Najib dikaitkan dengan usaha tersebut. Yang menimbulkan pertayaan, di dalam Cuepacs cuba untuk boikit, PR pula usaha untuk mengadakan secara besar besaran. Mungkin ada yang tahu apa muslihat semua ini?

Apr 14, 2008

KPPK sertai Cuepacs boikot Hari Pekerja

Mstar - (...) Presidennya, Anuar Ibrahim berkata ini kerana kesatuan itu merupakan salah satu anggota gabungan dalam Cuepacs.

"Kita kenalah ikut keputusan kongres, kalau dalam mesyuarat bolehlah kita bantah tapi kalau kongres dah buat keputusan untuk boikot kita kena akur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel 'Kecemerlangan Sistem Penyampaian' di Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini, Isnin.

Cuepacs, pada 2 April lalu mengumumkan akan memboikot sambutan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia pada 3 Mei dan satu lagi sambutan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Mei jika kerajaan gagal memberi kata putus berhubung lima tuntutan kesatuan itu.

Lima tuntutan itu ialah pembayaran saguhati RM2,000 kepada semua kakitangan kerajaan; menaikkan elaun perumahan dari RM180 sebulan kepada RM230; meminta JPA menghapuskan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk kakitangan Kumpulan Sokongan I dan II (Gred 1 hingga 40), memberikan semula Elaun Kritikal bagi Kumpulan Sokongan Dua yang ditarik balik pada Februari lepas dan melanjutkan umur persaraan wajib dari 56 tahun kepada 60 tahun.

Dalam ucapannya, Anuar meminta para guru supaya sentiasa menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa supaya tidak ketinggalan terutama dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT). more...

Posting terkini

Blog Archive