Harakahdaily - "Islam bukanlah agama yang mengongkok sehingga menyusahkan manusia untuk hidup atau mengharamkan semua perkara untuk manusia. Demikian juga berhubung dengan hiburan. Islam tidak menghalang hiburan, tapi meletakkan batas dan mesti mengikut peraturan serta mempunyai garis panduan yang jelas.
"Festival Jom Heboh ini telah dibantah oleh beberapa buah negeri akibat pelbagai kontroversi yang timbul, sehingga ianya melangkah jauh beberapa negeri dan ia hinggap ke negeri ini. Kita bukan anti hiburan dengan mengatakan golongan muda, remaja hatta yang tuapun tak boleh berhibur, tapi mesti berperaturan.
"Kereta kita sendiri, harta sendiri yang dibeli dengan wang sendiri tapi apabila digunakan di jalanraya mestilah mengikut peraturan," katanya memberikan perumpamaan. more...
May 2, 2008
Mufti Perlis kritik program hiburan melampau 'ala zoo' dalam khutbah
Labels: Jom Heboh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
'Saya tidak kenal Faizal Tahir'
Kosmo - Saya tidak kenal siapa Faizal Tahir. Saya kenal S.M. Salim, Sharifah Aini, dan Siti (Datuk Siti Nurhaliza). Mungkin dia (Faizal) belum cukup popular."
Demikian jawapan selamba Menteri Besar Perlis, Datuk Dr. Md. Isa Sabu ketika ditemui di Kangar semalam.
"Sungguhpun begitu, setiap artis yang ingin membuat persembahan di Perlis perlu mematuhi peraturan," katanya.
Md. Isa mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menentang kehadiran naib juara rancangan realiti televisyen, One In A Million, Faizal Tahir daripada membuat persembahan pada Konsert Jom Heboh di sini malam ini. more...
No2umnO - Hehehe.....kelakar berita ni.....YB, biar wak bagi tau....Ala.....yang tonjol body kering hari tu.....ala...yang ada cop cop kat badan dia tu cam superman tu.....Cam ni la.....YB jengok je kotak sebelah tu !!!
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 1, 2008
AD-LIB: Siapa lebih kontroversi... Mufti Perlis atau Faizal Tahir?
Mstar - (...) Mungkin dewasa ini, personaliti yang layak mendiami takhta teratas bagi kategori kontroversi ini ialah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza. Tokoh agama yang disegani ini cukup 'kontroversi' tanpa disedarinya.
Mungkin juga ini disebabkan keberanian dan kelantangan juga ketajaman beliau mengeluarkan buah fikirannya yang bernas tanpa takut-takut.
Pernah sekali secara berlawak sinis, Dr Maza berkata, dia tidak takut berkata benar.
"Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Habis kuat dia orang suruh saya 'berehat'...eloklah sayapun dah penat," katanya dalam satu perbualan telefon.
MUFTI YANG KONTROVERSI
Bagi beliau, segala teguran atau kenyataan yang dibuat bukan berniat untuk mencetus kontroversi kerana itu sudah tanggungjawabnya sebagai 'pemegang mohor besar' dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama.
Dari kenyataan 'Kerajaan perlu bertaubat nasuha', 'Mualaf tidak perlu menukar bin/bintinya,' 'Isu babi di negeri Selangor' hinggalah ke 'Jangan perbesar isu Sufiyah' semuanya tidak terlepas pandangan Mufti...
Dan paling terbaru pula adalah konsert Jom Heboh di Perlis. Antara yang tertulis di dalam hebahan terbaru yang disiarkan dalam blognya www.drmaza.com ialah..."Jabatan Mufti Perlis tidak mengharamkan Program Jom Heboh anjuran Stesyen TV3, akan tetapi pihak Jabatan Mufti dukacita dengan nilai-nilai negatif yang terselit bersama dengan program Jom Heboh tersebut."
Beliau menegaskan, teguran mahupun surat bantahan yang dikeluarkan oleh Jabatannya tidak bermaksud mengharamkan Jom Heboh. Ianya sekadar satu pemantauan untuk memastikan tidak ada perkara yang tidak elok berlaku. more...
Labels: Jom Heboh, Mufti Asri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KALAU MUFTI PUN DAH TAK BERKENAN
Rujuk: Mufti tak berkenan tingkah laku Faizal
KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menentang kehadiran naib juara rancangan realiti televisyen, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir, mengadakan sebarang persembahan di Perlis. berita penuh...
No2umnO - Nak cakap macamana lagi..... Kalau dah mufti pun tak berkenan, nak buek macamano .... Tapi tak kesah lah....kita sekarang di zaman sekular. Raba dah jadi halal, Arak dah jadi harus, rasuah dah jadi sunat ..... Hmmm...korang pikir lah sendiri. Kalau lah TV3 lobih kuaso dari Mufti, tak dapek lah ese nak nolong.
Labels: Jom Heboh, Mufti Asri, TV3
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 30, 2008
MUFTI PERLIS BANTAH JOM HEBOH DI PERLIS
Harakahdaily - Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin telah menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri supaya mengambil perhatian serius berhubung penganjuran Karnival Jom Heboh yang bakal diadakan pada 3 dan 4 Mei akan datang di Perlis.
Kata Dr Asri, surat tersebut telah dihantar seminggu yang lalu menyarankan supaya kerajaan negeri melarang sebarang unsur-unsur atau program negatif yang bercanggah dengan agama yang diadakan dalam karnival tersebut.
"Saya tidak mengganggap Karnival Jom Heboh itu haram kerana terdapat juga program dan aktivitinya yang baik seperti pameran penerangan, pendidikan dan urusan perniagaan," katanya yang berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang mengeluarkan fatwa haram umat Islam menghadiri karnival tersebut.
"Tetapi jika ada program yang mengandungi unsur-unsur negatif dan bertentangan dengan agama, saya sarankan tidak perlulah penduduk negeri Perlis menghadirinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.
Dalam pada itu beliau menjelaskan bantahan tersebut bermakna Islam melarang sama sekali program berunsur hiburan seperti konsert yang ada antaranya mengajak masyarakat berhibur secara matang dan bukannya menjerumuskan diri kepada gejala yang tidak sihat.
"Kita suka hiburan yang matang dan bukan bermakna kita 'banned' semua hiburan atau hanya tertumpu kepada nasyid semata-mata.
"Anda boleh jemput kumpulan Kopratasa, penyanyi Shuhaimi Mior Hassan atau Ramli Sarip yang boleh mengajak generasi muda berhibur secara matang," katanya yang turut membantah kehadiran Faizal Tahir dalam konsert Jom Heboh akan datang. more...
Labels: Jom Heboh, Mufti Asri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
