tranungkite | ...Malam tadi 11.7.08 entah macam mana Buletin Utama TV3 suku boleh pulak melepaskan berita yang Perdana Menteri Israel Ehud Olmet disiasat 3 kali oleh polis berkaitan dengan tuduhan rasuah yang dilakukannya sebelum beliau menjawat jawatan PM.
Bukan main seronok lagi TV3 mengulas dan memaparkan gambar Ehud yang digiring oleh pihak polis ke bilik siasatan.
Saya cuma nak kata orang yang kafir dan yahudi yang disahkan sebagai musuh yang nyata pun tahu etika dan aturan jika terbabit dengan sebarang jenayah. Tahu diri masing-masing kat mana mereka berdiri, tahu mereka masing-masing samada langit tu tinggi atau rendah.
Malang teramat malang di Negara saya ni yang mana para pemimpin nya menjunjung Islam Had Hari lain pulak ceritanya.
Kalau dah duduk kerusi yang menjanjikan kuasa maka semua akan jadi suci , maksum dan sepi dari segala dosa.
Tak kiralah samada jenayah baru apatah lagi lah yang dah lama. Semua akan disembunyikan di bawah lantai. Bila ada yang menyebut maka akan ditempik dengan mengataka bahawa semua itu adalah fitnah semata-mata. Sanggup bersumpah keliling dunia menyatakan bahawa diri sendiri tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.
Sungguhpun semua umat dah tahu bahawa sucinya mereka tak lebih dari taraf suci dalam taik. ( Nak guna suci dalam debu pun tak sesuai sebab debu memang suci , boleh buat Tayammum ).... selanjutnya.
Jul 13, 2008
Orang besar dan berpengaruh kena tahan
Labels: Belit media, TV3
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 1, 2008
KALAU MUFTI PUN DAH TAK BERKENAN
Rujuk: Mufti tak berkenan tingkah laku Faizal
KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menentang kehadiran naib juara rancangan realiti televisyen, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir, mengadakan sebarang persembahan di Perlis. berita penuh...
No2umnO - Nak cakap macamana lagi..... Kalau dah mufti pun tak berkenan, nak buek macamano .... Tapi tak kesah lah....kita sekarang di zaman sekular. Raba dah jadi halal, Arak dah jadi harus, rasuah dah jadi sunat ..... Hmmm...korang pikir lah sendiri. Kalau lah TV3 lobih kuaso dari Mufti, tak dapek lah ese nak nolong.
Labels: Jom Heboh, Mufti Asri, TV3
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 27, 2008
Kerajaan TV3 tarik diri anjur Jom Heboh
MStar - Stesen televisyen swasta TV3 menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada menganjurkan program bergerak Karnival Jom Heboh di Perak pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, di sini, Ahad.
Beliau berkata hasrat menarik diri tersebut dinyatakan oleh pihak pengurusan tertinggi TV3 sendiri dalam satu pertemuan dengannya pada Rabu lepas.
Bagaimanapun Mohammad Nizar menegaskan kerajaan negeri Perak tidak pernah mengeluarkan arahan supaya TV3 bertindak demikian.
"Kita tidak ada beri arahan pun, dia (TV3) sendiri yang hendak tarik diri. Mereka menghormati prinsipprinsip kita," katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung tahunan ke14 Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM). more...
No2umnO - Alahai lawak betul TV3 nih.....Elok lah kalau tarik, tapi tindakan TV3 dah macam kerajaan. Sama dengan pembatalah monorel Pulau Pinang. Tukar saje la jawatan CEO kepada Menteri, dan ahli lembaga pengarah sebagai MT. Main tarik tarik pulak..... Lawak lah !
Labels: Belit media, TV3
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Apr 3, 2008
ALAHAI TV3 .....
Mufti Perlis gesa TV3 lapor adil
Fathi Aris Omar|Malaysiakini
Mufti Perlis yang semakin meningkat namanya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengutus surat kepada stesen TV3 dan menggesa ia melaporkan secara adil sesuatu perkembangan politik.
Dalam suratnya bertarikh 27 Mac kepada stesen itu, mufti muda itu menegaskan semua media, termasuk akhbar dan internet, harus membuat liputan yang adil di tengah-tengah senario baru politik selepas pilihanraya umum 8 Mac.
"Jauhi unsur-unsur prasangka dan provokatif.
"Janganlah kita mengulas secara negatif setiap berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya," surat beliau dipetik, salinannya dimuatkan di blognya Minda Mufti (www.drmaza.com).
"Kebencian, (rasa) tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang tidak adil terhadap mereka," tambahnya lagi dengan mengutip surah al-Maidah ayat 8.
Ayat al-Quran itu, antaranya, memberikan peringatan kepada umat Islam agar "hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan." more...
Manakala ....lagi isu bersangkutan hari ini adalah,
"Saya tidak ditaja oleh sesiapa. Ia satu fitnah," demikian tegas pengacara popular TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohammad Zain berkenaan dengan e-mel yang tersebar luas mengaitkan beliau dengan 'bos' sendiri, Datuk Seri Farid Ridzuan (gambar) .
E-mel dalam beberapa laman web itu mendakwa kehidupan personaliti berusia 24 tahun ini ditaja oleh Farid, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima International.
Untuk mempertahankan diri masing-masing, Nurul Syuhada dan Farid telah membuat laporan di Balai Polis Damansara dua minggu lalu. More...
Labels: TV3
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
