KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label LAGI PENDATANG DITIPU. Show all posts
Showing posts with label LAGI PENDATANG DITIPU. Show all posts

Apr 10, 2008

54 illegal immigrants from Myanmar found dead in Thai freezer truck

NST - At least 54 illegal immigrants from Myanmar were found dead inside a cold storage truck due to suffocation in the southern province of Ranong as they were attempting to smuggle into the tourist island of Phuket.
Local media reported that there were about 120 people inside the container when police found the truck parked along the road early Thursday morning.

The illegal immigrants were believed to have enterered the Kingdom from Song Island in Myanmar before hiding inside the truck which was carrying them to Phuket.

Due to the political uncertainty and poor economic situation in the military-ruled country, thousands of illegal immigrants often crossed into Thailand along the vast border to work in the Kingdom or travel to Malaysia subsequently. more...

Mar 27, 2008

MEWAH DATANG KE MALAYSIA?

Alas perut dengan makan isi kelapa, jual botol plastik
kosmo


TIGA warga Bangladesh ini sekadar makan isi kelapa bagi mengalas perut di bawah jejambat dekat LRT Damai, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Mereka memilih untuk mengisi perut dengan memakan isi kelapa dan mencari duit belanja dengan menjual botol plastik.

Itulah antara kisah hidup kira-kira 150 warga Bangladesh yang tinggal di tepi tebing Sungai Gombak dekat Stesen LRT Damai di sini sejak minggu lalu.

Kata seorang daripada mereka, Abdul Rahman Assan, 31, sejak keluar dari penempatan sementara di Kajang, mereka terpaksa mencari makanan sendiri kerana tiada wang.

Jika dahulu kumpulan yang bersidai di situ mendapat bantuan makanan di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, golongan pelarian ini nampaknya kena berdikari.

"Ketika di penempatan sementara, kami diberi makan dua kali sehari, tetapi hati tidak tenang pasal tidak ada kerja.

"Kami ke Malaysia kerana mahu kerja, bukan dilayan seperti tahanan dengan disumbat macam 'sardin' di sana (Kajang)," ujarnya.

Menurut Abdul Rahman, setelah hampir sebulan menetap di pusat itu, rata-rata mereka masih menganggur, malah tiada juga usaha untuk dihantar pulang ke Bangladesh.

"Kadangkala ada ejen datang jumpa kami di rumah itu (Kajang) dan beri sedikit wang untuk makan, tetapi tidak cukup," ujarnya.

Tambahnya, punca mereka sanggup tidur di tebing sungai itu kerana pejabat pesuruhjaya tidak lagi mahu menerima mereka selain kawasan tersebut sesuai dijadikan tempat berteduh.


DUA pendatang Bangladesh memberanikan diri mencari botol untuk dijual di tepi Sungai Gombak.

Tinjauan Kosmo! ke tebing sungai itu semalam ketika waktu hujan mendapati, warga Bangladesh tersebut sibuk mencari botol plastik di penghalang sampah di tengah-tengah sungai berkenaan.

Tindakan berani mereka menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang di tebing sungai itu kerana risau mereka akan terjatuh dibawa arus deras.

Seorang lagi warga Bangladesh itu, Mohd. Nadur Islam, 36, meminta pihak berkuasa membela nasib mereka sama ada menawarkan pekerjaan atau menghantar sahaja pulang.

"Kami tidak buat salah kerana ada permit kerja, cuma kami telah ditipu oleh ejen," ujarnya.

Dec 27, 2007

LAGI PENDATANG DITIPU

Ada juga yang baru tiba di Malaysia selepas membayar sehingga RM15,000 kepada agensi pekerjaan di negara asal. Masing-masing mendakwa langsung tidak diberi kerja yang dijanjikan.
Sesetengahnya pula dibayar gaji terlalu rendah, misalnya hanya RM400 jika bekerja di kilang berbanding RM800 yang dijanjikan agensi kepada mereka.

Lebih malang, ramai juga yang tidak dibayar gaji langsung sehingga berbulan-bulan dan mendakwa tidak diberi makanan atau minuman manakala pasport serta dokumen perjalanan mereka disimpan oleh majikan.

Salah seorang pekerja Bangladesh itu, Belal Hossain, 40, memberitahu, dia telah ‘berkampung’ di kawasan itu sejak Hari Raya Aidiladha lalu.

“Saya tiada pilihan selain berkumpul di sini. Harapan saya kini hanya pada pihak Suruhanjaya Tinggi Bangladesh untuk membantu.
“Saya bekerja sebagai pencuci di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Sudah empat bulan saya tidak dibayar gaji.

400 pekerja Bangladesh dakwa ditipu majikan ‘serbu’ kedutaan
KUALA LUMPUR 26 Dis. – Sekumpulan warga Bangladesh yang mendakwa menjadi mangsa penipuan ejen dan majikan di negara ini ‘berkampung’ di kawasan pejabat Suruhanjaya Tinggi negara itu di sini bagi menuntut pembelaan terhadap masalah mereka.

Posting terkini

Blog Archive