SEBAHAGIAN daripada 38 peserta pesta liar yang
ditahan dan dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin untuk direman semalam.
Pesta liar berakhir dalam lokap
Kosmo - Dalam serbuan yang dibuat pukul 5.45 pagi kelmarin, polis turut menemui enam biji pil ekstasi dan 33 orang daripada mereka dikesan positif dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Tio Kian Peng berkata, ketika serbuan dilakukan, semua di dalam rumah berkenaan sedang menari dengan muzik yang begitu kuat.
"Ada yang seperti lupa diri ketika serbuan dibuat disebabkan terlalu asyik menari.
"Walaupun tiada arak yang ditemui, namun sebahagian besar daripada mereka mengambil dadah dan pil ekstasi," katanya semalam.
Kian Peng berkata, daripada 33 yang didapati positif dadah itu, 15 daripadanya merupakan pelajar IPT.
"Enam daripada pelajar IPT ini merupakan pelajar asing.
"Dua orang yang menganjurkan pesta liar tersebut turut ditahan dalam banglo yang disewa RM350 sehari," katanya.
Penganjur pesta liar berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 13(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala mereka yang positif dadah akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
Semua mereka ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan. more...
Apr 15, 2008
ALI RUSTAM ...... Grrrrrr
Labels: Maksiat Melaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 2, 2008
ORANG MELAKA TIDAK MALU UNTUK BERMAKSIAT
‘Aku memang datang nak main’
Oleh Norfaisal Jahuri
hmetro.com.my
MELAKA: “Aku datang memang nak `main’,” kata seorang lelaki ketika ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kerana disyaki berkhalwat dengan teman wanitanya, petang kelmarin.
Lelaki berusia 23 tahun itu bersikap biadab kerana marah dengan tindakan pegawai penguat kuasa terbabit.
Lelaki itu dan teman wanitanya berusia 21 tahun antara tiga pasangan yang ditahan serentak kira-kira jam 6.30 petang, di bilik berasingan di sebuah hotel murah, di Jalan Parameswara, Bandar Hilir, dekat sini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata pasangan terbabit dipercayai baru masuk ke bilik yang disewa ketika operasi cegah maksiat berkenaan dijalankan pihaknya.
Katanya, dalam pemeriksaan itu, seorang pegawai mengetuk pintu itu dan didapati ia tidak berkunci dan pasangan terbabit memberikan kerjasama dengan membuka pintu.
Hasil pemeriksaan pegawai Jaim mendapati pasangan itu memakai berpakaian lengkap.
“Ketika ditanya apa yang dibuat berdua-duaan di dalam bilik itu, lelaki terbabit terus mengeluarkan kata-kata ‘pedas’ dan mengherdik pegawai penguat kuasa. Mungkin maksud dia berkata begitu kerana mereka ingin melakukan maksiat.
“Jelas tindakan lelaki itu, seolah-olah cuba mencabar pihak Jaim yang menjalankan tugas,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Rahimin berkata, pemeriksaan lanjut di bilik lain menemui pasangan warga emas dengan lelaki berusia 58 tahun dan 52 tahun.
Katanya, pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka bukan muhrim, tetapi mereka sudah mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing.
“Pasangan berkenaan mengaku menyewa bilik berkenaan untuk tempoh beberapa jam bagi membolehkan mereka bertemu.
“Satu lagi pasangan yang ditahan dengan lelaki berusia 23 dan teman wanitanya berusia 21 tahun.
“Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana bersekedudukan dengan pasangan bukan muhrim.
“Jika sabitkesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara selama tiga bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Labels: Maksiat Melaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 15, 2008
PELACUR LAGI LAKU DARI MASAK ASAM
Pelanggan beratur tunggu pelacur
Oleh Norfaisal Jahuri
hmetro
MELAKA: Tanda tanya kehadiran sekumpulan warga asing beratur panjang dan berpanas di belakang sebuah hotel usang di bandar ini membongkar kegiatan pelacuran tempatan aktif pada hujung minggu walaupun sebelum ini, hotel sama diserbu Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) beberapa kali.
Mereka dikatakan beratur kerana menunggu giliran melempiaskan nafsu serakah tetapi sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Jaim bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan polis di hotel di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kelmarin.
Berdasarkan rekod Jaim, hotel berkenaan pernah diserbu dua kali akhir tahun lalu kerana kegiatan sama dan sebelum itu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membatalkan lesen perniagaannya setahun lalu.
Bagaimanapun, hotel itu terus menjalankan operasi menggunakan pintu belakang manakala pintu depan dikunci seolah-olah sudah menutup perniagaan.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata dalam operasi jam 2.30 petang di hotel berkenaan, pihaknya mendapati sekumpulan lelaki warga asing beratur di belakang hotel itu seolah-olah menunggu giliran. more...
No2umnO - Kalau bercerita tentang Melaka, semua akan teringat Masak Asamnya yang bermacam macam rasa dan resepi. Nampaknya zaman itu akan berlalu kerana pelacur berjaya mengalahkan kepopulariti masak asam. Tiada lagi Bandaraya bersejarah, telah bertukar ke pekan masak asam dan kini bertukar kepada Bandaraya Pelacur Kurang asam.
Labels: Maksiat Melaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jan 5, 2008
Suami cekup isteri khalwat
Harian Metro
MELAKA: “Saya kecewa, marah dan geram. Saya tengok sendiri depan mata, dia bermain ‘kayu tiga’ dan tergamak berkurung bersama lelaki,” kata suami yang berpakat dengan penguat kuasa agama mencekup isterinya berkhalwat di sebuah rumah sewa di Bachang dekat sini, Sabtu lalu.
Suami yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Kamil nekad berbuat demikian kerana sangsi dengan tindakan isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak Julai tahun lalu.
Hubungan antara pasangan itu yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun dikatakan mulai dingin selepas Haji Kamil berpoligami dengan menikahi seorang gadis berusia awal 20-an.
Menurut Haji Kamil, kesangsiannya menjadi kenyataan apabila melihat sendiri perbuatan isterinya ketika menyertai serbuan bersama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).
Dalam serbuan itu, isterinya yang berusia 27 tahun ditahan Jaim selepas didapati bersekedudukan dengan seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki teman lelakinya.
Haji Kamil, 40, berkata lebih mengecewakan, isterinya yang dinikahi tujuh tahun lalu kelihatan tenang dan seolah-olah tidak berasa bersalah biarpun mengetahui dia ada bersama dalam operasi itu, malah sempat menuduhnya punca masalah itu.
“Banyak perkara sumbang boleh berlaku apabila mereka berdua duduk bersama di rumah itu. Malah, ketika ditahan, dia (isteri) memakai baju tidur yang saya hadiahkan.
“Saya syak dia dan lelaki itu tinggal sebumbung kerana banyak pakaian dan barangan peribadi mereka di rumah itu,” katanya.
Haji Kamil yang juga seorang peniaga, mendakwa sebelum ini dia sering mendengar pelbagai cerita negatif mengenai hubungan sulit isterinya dengan seseorang, termasuk dikatakan mempunyai empat kekasih, tetapi tidak menghiraukannya kerana tidak mempunyai bukti kukuh.
“Sebenarnya, dia marah apabila saya berkahwin lain. Sejak itu dia sering pulang lewat dan apabila ditanya, pelbagai alasan diberi termasuk terpaksa menyiapkan banyak kerja sedangkan dia kakitangan awam di bahagian pentadbiran sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).
“Dia juga menukar alamat bil telefon bimbitnya ke rumah mentua dan sering menyembunyikan telefon itu, mungkin bimbang rahsianya terbongkar,” katanya.
Kata Haji Kamil, dia pernah mengesan kecurangan isterinya selepas pulang dari Kuala Lumpur menghantar saudaranya.
“Dua hari selepas dia pulang, saya menyelongkar beg tangannya dan mengambil telefon bimbit ketika dia tidur.
“Saya terperanjat kerana dalam galeri gambar telefon itu, terdapat gambar dia bersama seorang lelaki, mungkin diambil ketika di Kuala Lumpur.
“Selepas memuat turut gambar itu ke dalam telefon bimbit saya, esoknya saya cuba mendapatkan penjelasannya, namun hampa kerana dia mendakwa lelaki itu sebenarnya rakan yang juga seorang ‘pengkid’ (wanita bergaya lelaki),” katanya.
No2umnO - Haji ni hebat. Umur 40, 2 isteri. 27 dan 20. Tapi kat Melaka juga ....
Labels: Maksiat Melaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
