KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Mat Rempit. Show all posts
Showing posts with label Mat Rempit. Show all posts

May 2, 2008

Kedah rancang litar khas untuk mat rempit

Sebelum ini negeri Kelantan dan sekarang Kedah. Usaha untuk mengurangkan gejala rempit di kalangan anak muda. Mungkin ada yang membangkang kerana masih ada gedoak gedoak UMNO mahu anak Melayu mati terus di jalanraya dan habiskan masa mereka tua di penjara. beritanya .....

Mstar - Kerajaan Kedah akan mengkaji cadangan membina litar khas untuk golongan muda yang gemar merempit di jalan raya sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan.

Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan masih menunggu hasil laporan kajian serta perbincangan antara Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan Kebudayaan, dan pihak penguatkuasa.

"Saya masih menunggu laporan yang dibuat oleh Exco terlibat dan keputusannya akan dibuat selepas semua kajian selesai," katanya pada Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar dan Perhimpunan Kelab Motor Klasik Utara di Peranginan Titi Hayun di sini petang semalam.

Azizan berkata laporan itu membabitkan cadangan kawasan pembinaan, kos dan pengurusan litar selain syarat-syarat yang akan dikenakan kepada pengguna litar. more...

Apr 19, 2008

MAT REMPIT KENA PELEMPANG


Sebahagian motosikal dan remaja yang ditahan semasa merempit waktu solat Jumaat di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu semalam.
Kena pelempang bapa sendiri.

Itu penangan yang diterima seorang remaja yang merempit waktu solat Jumaat dan ditahan polis semalam.

Dalam operasi mencegah lumba haram oleh Polis Trafik Kota Bharu, seramai 16 remaja termasuk anak kepada seorang penghulu kampung itu ditahan di Jalan Sultan Yahya Petra di sini.

Penghulu yang terkejut dengan tindakan anaknya telah menampar remaja itu.

Ketua Cawangan Trafik Daerah, Asisten Supritendan Tan Chai Heng berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia 14 hingga 16 tahun dan ketika ditahan mereka semua sedang ghairah merempit.

Menurutnya, selain 16 remaja itu ditahan, sebanyak 16 buah motosikal pelbagai jenis turut disita. - Kosmo
No2umnO - Kena pelempang ..... Sedap tu. Tapi kalau nak selamat masuk PutraUMNO. Kat sana tak der pelempang. Rempit dapat TShirt, dapat duit minyak, kebal undang undang dan yang penting tak kena pelempang.

Apr 10, 2008

Kereta peronda terbabas dibaling topi keledar mat rempit

Bharian - Dua anggota polis cedera di bahagian kepala apabila kereta peronda mereka hilang kawalan dan terbabas selepas dibaling dengan topi keledar oleh dua mat rempit di Jalan Delima, Gelugor di sini kira-kira pukul 3.20 pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Gan Kong Meng berkata kejadian berlaku apabila dua anggota polis yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan itu ternampak dua lelaki bermotosikal dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah rumah.

“Dua lelaki itu dilihat cuba membuka sebuah kereta yang terletak di hadapan rumah tersebut, dan apabila menyedari kehadiran polis, mereka melarikan diri dengan memecut laju,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata ketika dikejar, salah seorang daripada mereka membuka topi keledar dan membalingnya ke arah kereta peronda polis, menyebabkan topi itu tersangkut di celah tayar kereta peronda.

Katanya ia mengakibatkan kereta peronda itu hilang kawalan sehingga merempuh dua kenderaan awam lain yang sedang melalui kawasan itu.

“Kereta peronda itu remuk teruk di bahagian hadapan manakala dua anggota polis berkenaan bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya.

Feb 11, 2008

JENTERA UMNO SUDAH MULAKAN LATIHAN



DEFYING DEATH: Motorcyclists account for the highest number of fatalities on the road every day. Yet, there are some, like these three Mat Rempit, who still do not take heed of this well-known fact, and continue to endanger their own lives as well as the lives of the other road users. ‘New Straits Times’ cameraman Syed Abdullah Syed Nordin captured these motorcyclists racing ‘Superman-style’ on the East Coast Highway yesterday. NST

No2umnO - Oiiii Mamat....jangan laju laju. Nanti Pilihanraya mahu pakai angkat makcik pegi tempat undi. Kalau accident nanti, makcik yang bawa kamu ke peti keranda. Iskkkkk..... budak budak sekarang susah. Nasib baik motosikal, kalau bawa kereta macam Superman, jadi apa pulak. Tak per...kecik kecik dan pandai jalan, remaja jadi mat rempit, dewasa jadi jaga gate keretapi, bila tua jadi wakil parlimen. Ijazah? Boleh beli sekarang.....apedehal .

Posting terkini

Blog Archive