KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 10, 2008

Kereta peronda terbabas dibaling topi keledar mat rempit

Bharian - Dua anggota polis cedera di bahagian kepala apabila kereta peronda mereka hilang kawalan dan terbabas selepas dibaling dengan topi keledar oleh dua mat rempit di Jalan Delima, Gelugor di sini kira-kira pukul 3.20 pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Gan Kong Meng berkata kejadian berlaku apabila dua anggota polis yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan itu ternampak dua lelaki bermotosikal dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah rumah.

“Dua lelaki itu dilihat cuba membuka sebuah kereta yang terletak di hadapan rumah tersebut, dan apabila menyedari kehadiran polis, mereka melarikan diri dengan memecut laju,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata ketika dikejar, salah seorang daripada mereka membuka topi keledar dan membalingnya ke arah kereta peronda polis, menyebabkan topi itu tersangkut di celah tayar kereta peronda.

Katanya ia mengakibatkan kereta peronda itu hilang kawalan sehingga merempuh dua kenderaan awam lain yang sedang melalui kawasan itu.

“Kereta peronda itu remuk teruk di bahagian hadapan manakala dua anggota polis berkenaan bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive