KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 10, 2008

Seperti Selangor, Exco Tganu di larang pegang jawatan syarikat



Kosmo - Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu tidak akan dibenarkan memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana syarikat selepas ini.

Ini bagi memastikan mereka hanya memberikan tumpuan khusus terhadap tugas hakiki sebagai Exco untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Jawatan sebagai pengerusi syarikat milik kerajaan negeri juga akan diberikan kepada mana-mana individu yang difikirkan layak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Terdahulu 10 anggota Exco mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan di Istana Maziah di sini.

Ia didahului Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Ahmad Razif Abd. Rahman, Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan) dan Datuk Abdul Rahin Mohd. Said (Teluk Pasu) diikuti ADUN Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera, Asha'ari Idris (Langkap), Toh Chin Yaw (Bandar), Datuk Za'abar Mohd. Adib (Rantau Abang), Khazan Che Mat (Batu Rakit), Rozi Mamat (Telemong) dan Dr. A. Rahman Bakar (Kuala Besut).

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive