KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 10, 2008

MB Perak terpinga-pinga


Kosmo - Kerajaan negeri Perak tidak tahu menahu tentang rancangan kerajaan negeri mahu menempatkan semula 32 ladang babi di sekitar daerah Batang Padang seperti yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia Perak, A. Sivanesan kelmarin.

Sivanesan yang mempengerusikan majlis dialog bersama wakil penduduk daerah itu yang turut dihadiri Pegawai Daerah Batang Padang, Datuk Md. Damiri Md. Sairi kelmarin berkata, langkah pemindahan itu diambil selepas menerima banyak bantahan penduduk setempat.

Namun apabila diajukan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu daripada Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini semalam, beliau segera menafikan wujudnya cadangan itu.

"Ia tidak pernah timbul dan kerajaan negeri tidak pernah membincangkan isu itu," katanya.

Melihat reaksi Mohammad Nizar itu, Sivanesan yang turut hadir dalam sidang media tersebut terus bangun bagi memberi penjelasan.

Sejurus Sivanesan selesai memberi penjelasan, Mohammad Nizar yang terpinga-pinga bertindak segera menamatkan sidang media berkenaan.

No2umnO - Perkara yang perlu diambil perhatian. Isu babi boleh menjadi satu punca kepada perselisihan. Tapi yang pasti di sini, masalah babi tak pernah ditangani oleh Kerajaan Selangor dan Perak sebelum ini. Mungkin dah terlalu lama bertahan, maka semua penduduk rasakan ini lah masa yang sesuai untuk minta perubahan. Tapi semua berita yang benar tidak keluar di media dan berita yang ada perlu difikirkan dengan rasional. Berapa banyak agaknya kawasan penternakan babi yang berjaya di senyapkan ketika pemerintahan yang lepas? Sikit sikit semuanya terbongkar. Jangan lihat semua tajuk berita, baca kandungan berita. Olahan berita mungkin berlainan maksud, tapi fikirkan ke arah bersetentangan pada setiap berita yang tersiar. Ianya membongkar rahsia....Tambah menarik.

1 comments:

Anonymous said...

nasib bek tak de kandang babi kat sebelah rumah den...
haha....kecoh betol isu ni

Posting terkini

Blog Archive