KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 10, 2008

Berita baik untuk PKR Bhg Temerloh

Lubokkawah - Saya ada berita baik untuk PKR Temerloh dan untuk sahabat saya Sdr Ahmad Nizam Hamid, yang bakal mengambil alih Ketua Bahagian PKR Bahagian itu setelah Kak Jee terpaksa meninggalkannya kerana menjadi ADUN dan Ahli EXCO di Selangor.

Saya telah bertemu dengan rakan-rakan saya, bahkan penyokong-penyokong saya terdiri daripada Ketua-Ketua UMNO Cawangan di Temerloh yang menyatakan bahawa mereka sudah bosan dengan UMNO dan akan menyeberang ke PKR.

"Bukan kami saja, kami akan bawa ramai ahli-ahli UMNO menyeberang. Kami akan tubuhkan cawangan-cawangan (JDM) disetiap kampong. Kami bosan betul dengan UMNO, pemimpin-pemimpin asyik memperkayakan diri mereka saja, sedangkan kami ahli-ahli UMNO habuk pun tadak!" kata seorang Ketua salah sebuah cawangan di Lanchang.

Berita ini akan saya sampaikan kepada PKR Temerloh dan kepada Sdr Nizam. Insya Allah, saya akan turun membantu agar proses ahli-ahli UMNO menyertai PKR di Temerloh akan dapat dipercepatkan lagi!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive