kampusnegara | ...Mengaibkan! Itulah rumusan yang boleh dikaitkan dengan peristiwa penyuraian secara aman terhadap demontrasi yang cuba dilakukan kumpulan aktivis mahasiswa di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya lewat tengahari semalam.
Persoalan besar yang perlu ditanya, mengapakah dengan mudah suara mahasiswa disenyapkan dengan tindakan polis yang meminta mereka bersurai. Tiada tangkapan, simbahan asid mahupun pukulan cota dikenakan terhadap mahasiswa dalam demontrasi itu.
Benarlah telahan umum bahawa mahasiswa hari ini sudah hilang taringnya. Mahasiswa sudah beriman dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan juga suasana ‘complecent zone’. Aktivis mahasiswa masih takut untuk menjadi suara ketiga selepas kerajaan dan pembangkang. Mahasiswa ibarat hidup mati segan tak mahu.
Tindakan konkrit perlu difikirkan oleh pimpinan kampus, bukannya sekadar memikirkan masalah dalaman kampus dan dijaja ke peringkat luar. Kita perlu sedar bahawa aktivis mahasiswa sudah hilang nilai dan juga ketuanan mereka dalam memperjuangkan isu-isu rakyat dan kemahasiswaan.
Bercakap sekadar tidak kurang 3 minit dan selepas itu bersurai. Sememangnya kondisi ini sekiranya diceritakan kepada rakan-rakan kita di Indonesia, pasti akan ditertawakan oleh mereka. Ibarat langit dan bumi antara kita dengan mereka. Peristiwa penembakan di Universiti Trisakti dan juga di Jambatan Semanggi yang hanya dua kilometer dari Gedung Majlis Perwakilan Rakyat (MPR), jelas menggambarkan semangat jihad mereka dalam melawan kezaliman pemerintah.... selanjutnya.
Jul 20, 2008
Polis VS Mahasiswa...1- 0
Labels: Anwar Ibrahim, Parti Mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 8, 2008
Apa yang depa nak daripada Mahasiswa al-Azhar???
f-hasan - Karnival Kerjaya dan ucapan PM telah berlalu... Namun dalam fikiran saya masih terbuku seribu tanda tanya. ????????? Apakah motif program santai sebegini dibuat. Emmmm, nak habiskan duit ke? atau nak menunjuk-nunjuk? Saya nak kongsi dengan kalian yang sudi membaca.
Hari Pertama.
Hadirnya saya pada hari pertama di Dewan CICC yang serba mewah bersama teman-teman yang lain kerana menghormati pimpinan tanah air No 1 yang hadir di Mesir. Sebelum majlis bermula, saya lihat ramai AJK dari kalangan manusia yang tak pernah saya lihat sebelum ni. Semua dok buat kalut semacam je. Mungkin nak jaga sungguh majlis Pimpinan no 1 ni. Tak mahu lihat cacat cela yang akan berlaku kot. Harap-harap x hipokrit la. Saya tengok semasa majlis belangsung, teman-teman yang bertali leher dan berkot semua dok tidur, semua kepala sama lentok ke sebelah kiri. Mungkin letih kot. Saya bersangka baik je..
Setelah selesai Majlis Ucapan PM, semua pakat keluar dan lepak di luar dewan dan tak ada hala tujuan. Ada yang tangkap gambar, bersembang, balik rumah, merokok dan lain-lain. Memang AJK tak kuasai program langsung. Saya pun naik hangin sebab maklumat diberi "Selepas ini akan solat bersama". So.. saya dan teman yang lain pun cari tempat solat. Signboard ada tulis hala ke surau, tapi AJK halang untuk masuk ke dalam. Mungkin nak jaga VIP yang ada di dalam. Orang nak solat pun di asing-asingkan, Meh la solat sekali. Memang pelik hangpa ni. Bila saya selesai solat zohor setelah merempuh masuk ke tempat yang dilarang. Tak ada apa-apa pun yang bermasalah, Orang bawahan je nak sangat jaga VIP. kononya la.ishh...Sepatutnya bagi la pelajar beramah mesra bersama VIP. Baru mesra rakyat namanya.
- baca selanjutnya di SINI....
Labels: Belit UMNO, Parti Mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Wakil Pro Mahasiswa disiasat polis
kampusnegara - Berikutan dengan kejadian yang tidak diingini berlaku di Universiti Malaya baru-baru ini, beberapa orang mahasiswa dipanggil ke IPD Brickfields untuk memberikan kerjasama dalam siasatan polis. Kejadian vandalisme yang berlaku di dua tempat yang berbeza di UM tersebut; di Bangunan Peperiksaan dan juga di Kompleks Perdana Siswa tersebut ternyata dipandang serius oleh pihak-pihak yang berkuasa.
Saudara Shahir Abdul Aziz yang merupakan ahli MT Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dan juga saudara Mohd Hilman (Exco Kebajikan dan Luar Kampus) telah tampil untuk memberikan keterangan. Kedua-duanya mengatakan semuanya berjalan lancar dan tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Selain itu, saudara YDP MPMUM sendiri, saudara Afandy Sutrisno Tanjung serta seorang aktivis PMIUM, saudara Azlan Zainal turut hadir untuk memberikan keterangan.
Siasatan bermula jam 8 malam berakhir pada 11 malam.
Labels: Belit UMNO, Parti Mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 14, 2008
Mahasiswa Versus Abdullah Badawi
Februari 14, 2008 ·
aminiskandar.
Parti Mahasiswa Negara (PMN) bertegas akan menghantar calon di Kepala Batas untuk melawan Abdullah Badawi. Nampaknya Abdullah bukan sahaja akan berhadapan dengan calon daripada parti pembangkang, malahan calon mahasiswa turut mahu berentap dengan PM yang sering tertidur itu.
Sila baca berita dari Malaysiakini dibawah:
Parti siswa bertegas mahu lawan PM
Fathi Aris Omar |
Parti Mahasiswa Negara (PMN), yang baru memohon pendaftaran bulan lepas, bertegas ingin meletakkan calon di kawasan Parlimen Kepala Batas, kerusi yang selama ini disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut jurucakapnya Sekh Amir Ali, parti itu hanya bertanding satu kerusi dan tidak akan meletakkan calon di kawasan Jeli, kerusi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed seperti dilaporkan.
“Itu bacaan awal kita. Sekarang kita ingin bertanding menentang orang nombor satu,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
PMN telah mengirim surat kepada parti-parti pembangkang, termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), untuk membolehkan pertandingan satu lawan satu, tambahnya.
“Tunggu dan lihat. Yang penting, suatu kejutan,” katanya apabila ditanya mengenai calon parti itu.
Beliau juga menegaskan pelajar yang menyokong PMN akan turut berkempen walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menghalang penglibatan dalam politik.
“Kita tidak pernah beriman dengan AUKU,” katanya.
Ditanya tindakan disiplin oleh pihak universiti yang boleh dikenakan kepada pelajar yang berkempen, beliau berkata: “Tengoklah nanti macam mana.”
PMN mendakwa mendapat sokongan 2,000 pelajar.
No2umnO - Aku tak bimbang pun kalau sesiapa nak lawan Dollah Badawi. Cuma yang bimbang kalau LAWAN SEBENARNYA KAWAN. Siapa Mahasiswa ni? Susahnya nak pastikan jantan atau betina kecuali buka seluar baru tahu. Apa apa pun yang pasti, siapa PM? Parlimen sudah dibubarkan dek .... kita tak der PM.
Labels: Parti Mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 10, 2008
Apa Rasional Parti Mahasiswa Negara (PMN)?
f-hasan.blogspot.com
Assalamualaikum...
Sejak timbulnya huru hara penubuhan parti yang menganggu-gugat persada politik negara, saya terpanggil untuk mencari apa Parti Mahasiswa Negara ini sebenarnya, sehinggalah saya menjumpai artikel yang saya copy paste melalui http://nahdah.wordpress.com/2008/01/08/apa-rasional-parti-mahasiswa-negara-pmn/
untuk tatapan saya dan anda semua..
Semalam saya mendapat panggilan daripada sahabat saya, Najwan semalam berkenaan penubuhan Parti Mahasiswa Negara (PMN). Terkejut dengan perkembangan ini, saya cuba menghubungi beberapa teman lain untuk mendapatkan kesahihan mengenai PMN ini, di samping cuba mendapatkan informasi di media internet.
Cuba ada 2 sahaja liputan media internet yang dapat saya capai berkenaan penubuhan PMN ini, satu di Mstar dan satu lagi di Malaysiakini versi Bahasa Cina. Manakala Malaysiakini.tv ada menyiarkan video berkenaan kenyataan wakil PMN yang menghantar delegasi ke Pejabat SPR semalam.
PMN khabarnya mahu meletakkan calon bebas di beberapa kawasan di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Asas penubuhannya, menurut jurucakap PMN, Mior Isfandy Mior Azizan:
“Arena politik negara masih menyaksikan pertembungan dua parti dominan yang masing-masing menghadapi masalah dalam tersendiri. Barisan Nasional dan pembangkang, terutama PAS, ibarat badut yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan rakyat terus tertindas.
“Pembincangan dan perbahasan kalangan mereka hanya tentang perkara remeh dan omong kosong berbanding isu yang relevan dan tentang kepentingan rakyat banyak..”
Saya sedikit keliru dengan penubuhan PMN ini. Bukanlah bermaksud saya menafikan hak mahasiswa untuk bangkit, malah kita perlu mengakui asakan mahasiswa adalah asakan berbisa seperti mana yang boleh kita lihat dalam era 60an dan awal 70an, sehingga membawa kepada penggubalan AUKU pada 1971 dan pindaan AUKU yang lebih mencengkam dan bersifat ‘membunuh’ gerakan mahasiswa pada tahun 1974.
Cuma timbul pertikaian mengenai rasional penubuhan PMN. Dan hujah-hujah di atas juga, pada hemat saya, kelihatan longgar untuk meraih sokongan rakyat.
Saya meragui kenyataan di atas yang mana wujud sikap prejudis kepada parti-parti politik yang wujud - pemerintah mahupun pembangkang- dalam landskap poliik Malaysia. Saya juga hairan, dalam keadaan PMN ditunjangi Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung atau lebih dikenali sebagai Gamis (berdasarkan informasi daripada teman-teman) pimpinan PMN ini mencemuh PAS.
Gamis sendiri menjalani kaderisasi secara langsung dan tidak langsung dari sistem tarbiyah PAS, justeru tidakkah ini menggambarkan bahawa PMN sendiri bersedia untuk ‘membadutkan’ diri dalam landskap politik Malaysia, sebagaimana yang dihambur oleh mereka ke arah PAS.
Pertikaian mengenai perbahasan antara pemerintah dan pembangkang hanya tentang perkara remeh dan tidak mengesani hak rakyat yang tertindas juga kelihatan sangat dangkal. Apakah isu-isu yang dibangkitkan oleh pimpinan pembangkang seperi PAS dan KeADILan tidak memfokuskan hak rakyat?
Isu-isu berkaitan keadilan sosial dan penindasan ekonomi dan politik yang acapkali dibangkitkan oleh pembangkang jelas menyentuh isu-isu rakyat, yang mana mauduk utama adalah kesedaran rakyat tentang hak mereka yang dicabul dan keperluan rakyat untuk bangkit merubah keadaan mereka tanpa mengamalkan budaya ‘angguk-angguk geleng-geleng.’
Dalam keadaan pembangkang tidak ada ruang yang kondusif untuk memainkan peranan yang sewajarnya, mereka sedaya upaya berfungsi untuk mengenengahkan isu-isu rakyat agar rakyat faham akan situasi sebenar.
Meminjam kata YB Datuk Husam Musa sewaktu beraksi dalam Debat Perdana RTM ketika dulu, “Kalau ikat kaki dan tangan, lepas tu suruh berenang, itu memang sukar diterima akal.” Ini realiti yang membungkam pembangkang di Malaysia.
Pembangkang tidak boleh mendapat peruntukan pembangunan meskipun mereka YB atau kerajaan negeri, mereka tidak boleh menyebarkan maklumat melalui media arus perdana hatta media mereka sendiri ditekan dan dikekang, hak mereka berhimpun dan menyebarkan maklumat dikawal undang-undang. Wajarkan pembangkang dipersalahkan bulat-bulat?
Ditekankan oleh Meor Isfandy lagi:
Beliau juga menggesa kerajaan agar mengambil berat tentang hak-hak rakyat memandangkan kekerapan berlakunya perarakan dan demonstrasi jalanan sejak akhir-akhir ini.
Bagi parti pembangkang, katanya, mereka perlulah memainkan peranan lebih baik sebagai penstabil kepada kerajaan sedia ada.
Beliau menegaskan bahawa gerakan itu yakin bahawa telah wujud keinginan di kalangan rakyat untuk melihat satu perubahan dalam lanskap politik negara, tetapi kekangan dan dinding penghalangnya terlalu tebal menyebabkan kekalnya status quo sehingga hari ini.
PMN mengakui bahawa wujud keperluan untuk kerajaan memainkan peranan sebenar untuk mengambil tahu hak rakyat, dan pembangkang perlu memainkan peranan sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan. Maka apa perlu ‘dibadutkan’ pemerintah dan pembangkang? Bukankah kenyataan di atas bermaksud bahawa kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang perlu memperkemaskan dan menambahbaik keupayaan mereka demi memastikan hak rakyat terbela.
Ini membuktikan bahawa ada ruang untuk rakyat menentukan hala tuju negara melalui kedua-dua entiti berkenaan. Sekiranya pemerintah gagal mainkan peranan, pembangkang boleh menawarkan sesuatu yang lebih realistik dan mampu meyakini rakyat agar ada alternatif yang lebih baik buat rakyat.
Sememangnya tidak dinafikan, rentetan beberapa peristiwa di dalam negara sepanjang tahun 2007 memperlihatkan ada keinginan rakyat untuk melakukan perubahan. Dan telah pun terbukti ada pihak-pihak yang mampu menyediakan alternatif yang baik buat rakyat. Maka di mana kelompongan yang disebut oleh PMN?
Kita tidak boleh menafikan, selagi mana-mana pertubuhan itu bergelar parti politik, maka akan ada strategi dan taktikal politik yang rencam. Baik Umno, PAS, mahupun KeADILan ada taktikalnya untuk terus survive dalam arena politik nasional. Hatta diluaskan skop merangkumi Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia ataupun Parti Keadilan Pembangunan (AKP) di Turki, selagi mana mereka berdiri sebagai parti politik, maka tidak akan terlepas hatta sekelumitpun aktivisme mereka daripada taktikal politik. Yang membezakan hanya ideologi, samada nasionalis, demokrat, islamis, mahupun sosialis.
Malah PMN sendiri pun, seandainya mereka berdiri sebagai parti politik yang sah, apakah mereka akan berupaya mengecualikan diri mereka daripada kerencaman politik yang serba mungkin dalam landskap politik Malaysia? Mahu menjadi ‘third force’selepas pemerintah dan pembangkang itu adalah dialu-alukan, tetapi dengan menubuhkan sebuah lagi parti politik khusus untuk mahasiswa, tidak saya lihat sebagai satu langkah yang realistik.
Kenyataan di bawah juga meragukan:
PMN kelihatan mahu merempuh AUKU kerana pada mereka AUKU adalah akta yang bersifat melangkaui Perlembagaan Persekutuan. Tetapi dalam masa yang sama mereka menyatakan:
Menurut Meor, calon bebas dari kumpulan itu akan dipilih daripada kalangan graduan memandangkan kekangan Akta Universiti dan Universiti Kolej 1971 menghalang mahasiswa menyertai kegiatan politik. [Mstar]
Aduh, macam mana ni? Sekejap kata mahu menggempur AUKU, tapi mahu meletak calon di kalangan graduan kerana mahasiswa dikekang AUKU.
Persoalan itu terus menghambat saya untuk mencari rasional penubuhan PMN.
Labels: Parti Mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
