KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Parti Mahasiswa Negara. Show all posts
Showing posts with label Parti Mahasiswa Negara. Show all posts

Feb 27, 2008

PMN ...... INGIN BERBINCANG?

KENYATAAN AKHBAR

Parti Mahasiswa Negara (PMN) Mahu Bertemu Sdr. Khairy Jamaluddin

Di Rembau Ahad 2 Mac Ini

AYUH BERBINCANG
zainulfaqar.wordpress.co

PARTI MAHASISWA NEGARA (PMN) mengumumkan untuk bertemu Sdr. Khairy Jamaluddin, calon Parlimen Rembau merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada Ahad 2 Mac 2008 demi membincangkan beberapa agenda kepentingan generasi muda.

PMN melihat Sdr. Khairy Jamaluddin merupakan antara tokoh generasi muda yang agak lantang dalam beberapa isu kepentingan generasi muda – contoh isu prestasi sukan bola sepak nasional, gejala rempit, gengsterisme dan isu kemunduran Kelantan 18 tahun berbanding pembangunan kerajaan pusat.

Pada Ahad ini, seramai 50 orang sukarelawan PMN akan berkampung di parlimen tersebut demi bertemu dan berbincang agenda kepentingan generasi muda.

Pertimbangan PMN masih konsisten sebagaimana pertimbangan PMN di Parlimen Kepala Batas 24 Februari lepas. PMN bukan mahu mencabar bekas Perdana Menteri Malaysia; atau Saudara sendiri; atau mana-mana pihak. Kedatangan PMN lebih pada berkongsi agenda kepentingan generasi muda di Malaysia. PMN berharap Sdr. Khairy bersedia untuk bertemu kami pada hari tersebut.

PERSOALAN YANG MEMERLUKAN JAWAPAN

Jika pertemuan bersejarah tersebut berlaku antara PMN, Saudara dan UMNO Rembau; terdapat beberapa persoalan ingin kami utarakan. Kami memang memerlukan jawapan jujur Saudara. Soalan-soalan tersebut adalah:

PERTAMA: Jika Saudara dipilih ke Parlimen Malaysia, mahukah Saudara mereputasi semula kedudukan Bahasa Malayu dalam sistem pendidikan kebangsaan demi kepentingan generasi muda Malaysia? Bagaimana?

KEDUA: Bersediakah Saudara menerima pelawaan PMN untuk berdebat isu kepentingan generasi muda seperti isu rempit, jenayah, gengsterisme yang kian berleluasa di Malaysia dalam tempoh terdekat ini?

KETIGA: Benarkah Saudara terlibat dalam skandal pembelian saham ECMLibra-Avenue berjumlah 3% atau RM9.2 JUTA? Bago PMN, tokoh pemuda seharusnya bebas dari spekulasi dan bersih.

KEEMPAT: Dalam isu WPI, Tanah Rizab Melayu (TRM) khususnya di Felda akan hangus lebih sekitar 17%. Apakah langkah progresif demi menyelamatkan TRM generasi muda di sana?

KELIMA: Sudikah Saudara berwacana dengan PMN secara terbuka dalam isu rasuah dan sistem nilai di Malaysia?

HARAPAN

PMN berharap kedatangan kami ke sana untuk berkongsi agenda kepentingan generasi muda disambut baik oleh Sdr. Khairy Jamaluddin dan UMNO/BN di sana. Ayuh bersemuka di Rembau Ahad ini!

Feb 17, 2008

HELLO MUSTAPA MOHAMED ... ada surat untuk kamu

KENYATAAN AKHBAR PARTI MAHASISWA NEGARA
BERHUBUNG
AMARAN DATUK MUSTAPA MOHAMED, MENTERI PENGAJIAN TINGGI
BUAT PELAJAR DAN MAHASISWA

12 Februari 2008 (Selasa)

----------------------------------------------- xxx -----------------------------------------------

Parti Mahasiswa Negara (PMN) amat terkilan dengan kenyataan Datuk Mustapa Mohamed hari ini di dalam media perdana kerana mengugut akan memberikan tindakan keras kepada mahasiswa dan pensyarah yang terlibat dalam kempen parti politik.

Parti Mahasiswa Negara (PMN) ingin menegaskan di sini bahawa kenyataan itu sama sekali tidak demokratik dan menghakis kredibiliti beliau sebagai seorang Menteri Pengajian Tinggi. Kenyataan itu juga menggambarkan bahawa beliau seorang menteri yang tidak telus dalam soal memegang dan melaksanakan prinsip yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

PMN juga ingin mengingatkan kepada Datuk Mustapa bahawa beliau jangan sekali-kali menutup mata terhadap mahasiswa, pensyarah termasuk Naib dan Timbalan Naib Cancelor yang terlibat dengan UMNO atau Barisan Nasional. PMN sedang berusaha untuk mengumpulkan bukti-bukti yang menunjukkan keterlibatan mereka dengan UMNO.

Pihak UMNO juga telah memperkudakan NC dan TNC dalam politik terutamanya campur tangan UMNO dalam Pilihan Raya Kampus sejak bertahun-tahun lamanya. Adakah UMNO tidak pernah mengadakan mesyuarat bersama NC, TNC mahupun staf universiti bagi menjayakan agenda mereka? Adakah UMNO tidak pernah memperuntukkan perbelanjaan yang besar semata-mata ingin memenangkan calon-calon aspirasi mereka dalam Pilihan Raya Kampus? Adakah penubuhan GPMS di universiti-universiti adalah semangat untuk mengumnokan mahasiswa di universiti? Adakah Ketua Biro Ekonomi Pemuda UMNO Pusat yang menjadi Presiden GPMS kebangsaan?

PMN juga tidak akan teragak-agak mengheret dan mengumumkan mahasiswa aspirasi dan tenaga akademik di universiti yang terlibat dengan UMNO, Pemuda UMNO, Putera UMNO, Wanita UMNO dan Puteri UMNO. Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971) jelas bertentangan dengan semangat demokrasi dan hak asasi seorang warganegara. Gerak kerja kempen dalam pilihanraya adalah satu usaha untuk membantu dan menyokong sesebuah parti. Begitu juga dengan pembuangan undi, ia juga satu simbolik untuk menyokong sesebuah parti politik. Dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat termasuk mahasiswa berhak untuk memilih mana-mana pemimpin yang layak untuk menjadi pemimpin mereka. Secara fitrahnya juga, seorang manusia itu berhak turut serta dalam mana-mana kumpulan untuk memperjuangkan keadilan dan kebenaran kepada manusia. Manusia itu sendiri bersifat sosial dan ingin melibatkan diri dengan manusia yang lain. Jika dalam Islam, sembahyang berjema’ah juga mengajar seseorang untuk berpolitik. Sekiranya imam melakukan kesalahan, mana-mana makmum berhak menegur imam tersebut walaupun makmum tersebut seorang perempuan.

PMN berpandangan bahawa Datuk Mustapa sendiri agak tertekan dengan kebangkitan golongan pelajar dan akademik yang semakin cerdik untuk menilai situasi politik yang berlaku di dalam negara. PMN sendiri ingin menegaskan kepada KPT supaya bukan hanya menyibuk memikirkan soal menyekat hak mahasiswa dan pensyarah tetapi memikirkan dan melaksanakan perancangan untuk meningkatkan ranking atau daya saing IPTA di mata dunia, soal kebejatan sosial yang berlaku dikalangan pelajar, soal penafian biasiswa dan mengenakan caj yang tinggi dalam pinjaman PTPTN, masalah pengangguran dan sebagainya.

Disediakan oleh,
Ahmad Fawwaz Abd Aziz
Setiausaha Politik
Parti Mahasiswa Negara
013-697 3646

Jan 28, 2008

BILA PENUNTUT LEBIH JANTAN DARI MENTERINYA


PMN ajak Menteri Pengajian Tinggi berdebat
Intan Abdullah
harakahdaily.

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Kebodohan dalam sejarah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hanya boleh disangkal jika Menterinya, Dato' Mustapa Mohamed sanggup berdebat secara terbuka (live) dengan Parti Mahasiswa Negara (PMN).

"Sila nyatakan di mana kawasan pertandingan anda di Parlimen/DUN. PMN mencabar Tok Pa (Mustapa) bertanding menentang suara mahasiswa," ujar Presiden PMN, Azlan Zainal dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Harakahdaily hari ini.

PMN menyelar sikap Mustapa yang mendesak mahasiswa agar berikrar untuk tidak melibatkan diri dengan parti-parti tertentu di peringkat nasional.

"Kenyataan Tok Pa kelmarin yang mendesak mahasiswa Malaysia supaya berikrar untuk tidak terlibat dengan parti-parti politik tertentu di peringkat nasional disifatkan sebagai kenyataan paling bodoh pernah keluar dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)," katanya.

Mustapa dilaporkan berkata semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari 10 IPT tempatan telah berikrar untuk tidak terbabit dengan kegiatan politik dan anti kerajaan di Kota Bharu kelmarin

PMN mendakwa pendirian dan sikap Mustapa terhadap perkara tersebut melambangkan kejahilannya yang begitu ketara apabila beliau masih menyalah gunakan Perkara 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

"Adakah hujah ini berpunca daripada kebodohan Tok Pa berhubung falsafah perundangan Negara? Apakah beliau tidak mengetahui konsep ketertinggian perlembagaan Malaysia yang menjamin hak bersuara mahasiswa termasuk bertanding dalam pilihan raya?

"Atau sebenarnya Tok Pa ini takut pada bayang-bayangnya sendiri sehingga terpaksa menggunakan Auku dan berlindung di sebalik kepimpinan MPP Institusi Pengajian Tinggi sekarang ini seumpama dicucuk hidung?" tegasnya.

Menurut Azlan, kenyataan dan sikap Mustapa memperlihatkan bahawa mereka seolah-olah takut untuk bersemuka dan berdepan dengan PMN.

"Kenapa beliau perlu takut bersemuka dan berdepan dengan PMN? Bukankah UMNO/BN terlalu kuat dalam pentas politik nasional?" katanya lagi.

Jelasnya, PMN hanya tidak lebih daripada kalangan mahasiswa yang mahu bertanding di atas kapasiti golongan mahasiswa secara demokratik dan melunaskan tanggungjawab sebagai warga negara

Tambahnya, apa yang lebih menghairankan, Mustapa dengan sewenang-wenangnya mengerahkan semua Naib Canselor dan Timbalannya di seluruh IPT agar mengenakan tindakan tatatertib Auku kepada mahasiswa yang terlibat dalam politik kepartian di peringkat nasional.

"Mahasiswa sudah lama menolak AUKU kerana ia terlalu bodoh untuk dipatuhi oleh mereka. Mengapa hari ini, PMN perlu tunduk pada akta yang bodoh ini?"

"Kami bukan budak suruhan Tok Pa yang sanggup diperbodohkan, tetapi kami mahasiswa yang merdeka dan sanggup berdepan dengan apa jua ugutan KPT demi mengasak agenda perubahan dalam pilihan raya ini," demikian ujarnya. - mns

No2umno - Berani betting ..... Mustafa takkan berani kerana penuntut lebih jantan dari menterinya...... kalau tak sahut cabaran, maka AUWWWW seorang lagi. RAMAINYA BAPOK DI DALAM UMNO.

Jan 22, 2008

MAHASISWA MAHU CABAR MENTERINYA?


Foto yang sedang anda saksikan ini adalah sampel suasana ketika mana sesi brainstorming sedang dijalankan..


Parti mahasiswa mahu cabar Mustapa di Jeli
syeikhomarali

Parti Mahasiswa Negara (PMN) tidak teragak-agak untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli dalam pilihanraya umum akan datang.

Ia ekoran tindak-tanduk Mustapa yang didakwanya menyekat suara dan tindakan mahasiswa, kata Setiausaha Politikn PMN, Amirul Faiez Hamdi dalam satu kenyataan hari ini.

"PMN juga ingin bersemuka dengan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan penjelasan terhadap beberapa kenyataan beliau yang terbukti menyekat suara dan tindakan mahasiswa.

"Walaupun telah nyata mahasiswa layak mengundi tapi mengapa tidak layak untuk menyatakan sokongan," katanya.

"Bukankah mengundi itu juga menterjemahkan sokongan terhadap mana-mana parti politik, kenyataan yang berbaur sentimen politik dan berkepentingan parti pemerintah," katanya.

Oleh, tegasnya, PMN tidak teragak-agak untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi itu, dengan meletakkan calon kami di Parlimen Jeli.

Katanya, sejak pengumuman penubuhan PMN pada 7 Januari lalu di hadapan Pejabat Suruhanjaya Pilihraya (SPR), pelbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan sebagai respons terhadap penubuhan parti baru itu.

"Pihak Parti Mahasiswa Negara seterusnya (mengemukakan permohonan) mendaftar di Pejabat Pendaftaran Persatuan (ROS), Putrajaya pada 18 Januari yang lalu sebagai langkah untuk menghadapi pilihanraya. More...

MAHASISWA VS MAHASITUA


serkamvelleyonline

Parti Mahasiswa Negara (PMN) tidak teragak-agak untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli dalam pilihanraya umum akan datang. Ia ekoran tindak-tanduk Mustapa yang didakwanya menyekat suara dan tindakan mahasiswa, kata Setiausaha Politikn PMN, Amirul Faiez Hamdi dalam satu kenyataan hari ini. "PMN juga ingin bersemuka dengan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan penjelasan terhadap beberapa kenyataan beliau yang terbukti menyekat suara dan tindakan mahasiswa.

"Walaupun telah nyata mahasiswa layak mengundi tapi mengapa tidak layak untuk menyatakan sokongan," katanya. "Bukankah mengundi itu juga menterjemahkan sokongan terhadap mana-mana parti politik, kenyataan yang berbaur sentimen politik dan berkepentingan parti pemerintah," katanya. Oleh, tegasnya, PMN tidak teragak-agak untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi itu, dengan meletakkan calon kami di Parlimen Jeli. Katanya, sejak pengumuman penubuhan PMN pada 7 Januari lalu di hadapan Pejabat Suruhanjaya Pilihraya (SPR), pelbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan sebagai respons terhadap penubuhan parti baru itu.

"Pihak Parti Mahasiswa Negara seterusnya (mengemukakan permohonan) mendaftar di Pejabat Pendaftaran Persatuan (ROS), Putrajaya pada 18 Januari yang lalu sebagai langkah untuk menghadapi pilihanraya. 'Mansuhkan Auku' "Respons dari beberapa menteri telah menunjukkan sikap dan pendirian mereka terhadap penglibatan mahasiswa ke dalam arena politik tanahair," katanya. Malah, tambahnya, kebanyakan respons adalah bersikap menentang dan melarang penglibatan mahasiswa dalam politik, lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum yang mendatang. "Antara respons ialah dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menyatakan bahawa mahasiswa tidak boleh sama sekali terlibat dalam pilihanraya berdasarkan Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1975," tegasnya. Kenyataan yang sama juga, katanya, telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Menteri Pengajian Tinggi.

Oleh sebab itu, kami Parti Mahasiswa Negara menyatakan bahawasanya kami sama sekali tidak "beriman" terhadap Auku 1975. Malahan secara terang- terangan kami sudah melanggar Auku. "Mengapa masih menggunakan lagi akta tersebut dalam mengugut para mahasiswa yang memberikan sokongan terhadapa Parti Mahasiswa Negara," tambahnya. Tegasnya, pendirian mereka terhadap Auku tidak pernah berubah, sama ada ianya perlu dimansuhkan secara total mahupun akan dipinda beberapa seksyen yang terkandung di dalamnya. "Parti Mahasiswa Negara juga menyeru rakan-rakan siswa yang lain untuk bersama-sama kita bergerak seiring dalam membawa agenda perjuangan siswa dan juga rakyat," katanya.

Jan 18, 2008

Siapa Parti Mahasiswa Negara?

Mahu tahu realiti Mahasiswa Malaysia yang membangkang kerajaan. Ini dia. Kalau ada Mahasiswa yang tidak disekat dan ditegah untuk berpolitik, maka pendirian mereka diragui.

Parti Mahasiswa Negara - Boleh pakai ka?!

bayu06senja

Masih ragu dengan hasrat Parti Mahasiswa Negara ditubuhkan. Masih berat menyatakan PMN ditaja oleh BN. Bukti?! masih tiada...

Kalau PMN ditubuhkan untuk menentang kezaliman BN, kenapa tidak sahaja menyertai PAS sebagai sebuah Parti Islam. Kalu tidak pun sertai la KeAdilan sebagai sebuah parti Nasional yang menghimpun pelbagai agama dan bangsa. Atau pun mungknkah Barisan Alternatif ini juga tidak telus dan bersesuaian dengan kebenaran? Bila dah sertai pilihanraya nanti, dengan siapa mereka akan berlawan dan dengan siapa pula mereka akan bersama? Kenapa harus berani sangat berhadapan dengan Auku sedangkan masih banyak parti alternatif lain yang bermati-matian menentang kebobrokan BN?

Apa yang masih tetap membingungkan kita, dari mana PMN ini mendapat dana. Bukan sedikit dana yang diperlukan oleh Parti politik untuk menyertai pilihanraya ataupun menyara hidup perjuangan dalam kancah politik.

Walaupun PMN tetap mengatakan dananya tiada masalah....

Lagi, apa yang lebih dicurigakan berlaku klik-klik seumpama diprotes dalam usaha penubuhannya. Parti-parti pembangkang yang lain juga didaftarkan tetapi tidak lah seperti apa yang berlaku kepada PMN. Atau mungkinkah klik-klik tersebut diwujudkan oleh pihak tertentu yang sememangnya berpengaruh untuk cuba mengalih pandangan rakyat kepada parti yang masih kerdil pengaruhnya itu? Mungkinkah pihak tersebut merupakan pihak yang mampu menguasai media dan jentera kerajaan yang lain (termasuk pegawai keselamatan)?!

Oleh sebab itu, BA harus berhati-hati dengan PMN. Cuba jelaskan siapa sasaran politik sebenar PMN. Siapa musuh politik PMN itu harus jelas. Kerana pertandingan di pentas politik akan membingungkan rakyat. BA harus jelaskan hubungannya dengan PMN samada musuh politik mereka atau sebaliknya. Ahli dan Penyokong Pas, KeAdilan dan termasuk juga DAP masih bingung dengan PMN.

Mungkinkah dengan alasan rakyat cerdik memilih calon akan menjadi sebab calon PMN bakal bertanding di kawasan-kawasan BN berisiko kalah yang akhirnya usaha BN memecah undi rakyat dan pembangkang berjaya....??!!

Apa yang bayu dapat simpulkan ialah pilihanraya memang sudah dekat!!!

Satu lagi, Cerita pasal paklah pulak....
Apa la yang YAB Pak Lah suka sangat buat main teka-teki dengan tarikh pilihanraya ni.. Tak ada yang seronok pun. Kalau di banyak negara luar, Tarikh Pilihanraya awal-awal lagi sudah diberitahu. Maka masing-masing mencari pengaruh berdasarkan tarikh ketetapan pilihanraya tersebut. Baru adil dan jantan berlawan macam tu. Sedangkan di Malaysia, tarikhnya dijadikan bahan teka-teki yang sehingga sekurang-kurangnya PM boleh ikut suka hatinya mengumumkan akan ada pilihanraya bila melihat kedudukannya agak selamat dan boleh suka hati juga menangguh andaikata kedudukannya dan partinya masih tidak selamat...

No2umnO - Sampai sekarang, UMNO tak cakap sepatah pun. Sedangkan sebelum ini mereka dok bising pasal mahasiswa yang berpolitik. Hmmmmm ..... macam kawan je.

SIAPA YANG BAYAR NI?


"Kami akan bertanding. Soal mendapatkan dana untuk menyempurnakan hasrat tersebut nanti kita akan sama-sama tunggu dan lihat," ujar Azlan.

'Parti Mahasiswa' turut mahu bertanding dalam pilihanraya

PUTRAJAYA, 18 Jan (Hrkh) - Belum pun mendapat pengesahan daripada pihak pendaftar persatuan, Parti Mahasiswa Negara (PMN) masih tetap dengan pendirian mereka untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Koordinator PMN, Azlan Zainal ketika bercakap kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di perkarangan Pejabat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Putrajaya pagi tadi menyatakan bahawa parti tersebut akan meneruskan hasratnya untuk turut sama menyertai pilihan raya umum ke-12 meskipun berhadapan dengan tindakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). More...

No2umno - Aku ragu ragu betul dengan budak budak ni. Belajar bukan percuma tau, semua kena bayar. Duit pinjaman jangan buat modal politik. Nak tanya, kenal Khairy tak?

Posting terkini

Blog Archive