KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Pas Perak. Show all posts
Showing posts with label Pas Perak. Show all posts

May 3, 2008

UMNO BAYAR SEWA, DEWAN BOLEH GUNA

CinaIslam - PAS tidak akan menghalang sesiapa sahaja yang ingin menggunakan dewan di bawah Majlis Daerah Kerian asalkan membayar sewa. PAS tidak akan mencontohi sikap umno semasa memerintah yang menghalang PAS dari menggunakan kemudahan di bawah Majlis Daerah Kerian dan kerajaan negeri. Demikian antara ucapan YB Drs Khalil Idham semasa menyampaikan ucapan aluan di Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Parit Buntar di sini.

“ Kita guna dewan hari ini pun bukan percuma, kita bayar sewa. Dulu kita nak bayar sewa pun tidak dibenarkan. Sekarang kalau umno nak guna, gunalah tetapi sewa kena bayar sama macam PAS “ Jelas ADUN Titi Serong itu.

Drs. Khalil juga mengambil kesempatan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada pemuda Kawasan, UPU dan Cawangan yang berkerja keras dalam pilihanraya yang lalu sehingga PAS berjaya memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong. more...

Mar 17, 2008

MB PERAK PUPUS SAMAN


Perak batal saman letak kereta, Kedah beri tiket bola percuma
tranungkite

" BEBERAPA jam selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan pemansuhan bayaran saman dan notis kompaun membabitkan penjaja dan parking kereta yang diterima semua rakyat negeri itu sehingga tarikh hari ini.

Mohammad Nizar berkata pembatalan notis saman dan denda itu sebagai penghargaan kepada rakyat yang telah memberi mandat kepada Barisan Alternatif pada Pilihan Raya Umum lalu hingga membolehkan pakatan itu membentuk kerajaan campuran di Perak.

"Tawaran ini meliputi semua saman yang dikeluarkan majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membabitkan penjaja dan letak kereta sehingga hari ini sahaja sebagai penghargaan pertama kepada rakyat Perak," katanya pada sidang akhbar selepas istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah di sini, sebagaimana dilaporkan Buletin Utama, TV3 malam ini.

Sementara itu Bernama melaporkan tawaran-tawaran lain yang terkandung dalam manifesto pilihan raya lalu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Antara lain tawaran kepada rakyat Perak yang dilancarkan semasa kempen pilihan raya umum 8 Mac lepas ialah penurunan tarif air bagi kegunaan domestik sebanyak 10 peratus, memberikan geran kekal bagi taraf kediaman Kampung Tersusun dan Kampung Baru Cina, mewujudkan tabung kebajikan Perak bertujuan bantuan mala petaka dan sakit kronik, memperkenalkan konsep cukai pintu pada kadar istimewa bagi lokaliti tertentu mengikut taraf sosio ekonomi serta mewujudkan Ladang Rakyat yang diuruskan oleh kerajaan negeri bagi faedah rakyat miskin.

Sementara itu di Kedah, Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, mengumumkan pemberian tiket percuma untuk rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.

Beliau berkata peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket percuma di pintu masuk stadium selepas pengumuman mengenainya dibuat kelak.

Selain itu kerajaan Kedah juga akan menurunkan tidak lebih dari 30 peratus bagi semua cukai tanah berbanding kadar cukai sekarang.

"Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian", menurut laporan Bernama malam ini.

Mar 12, 2008

CONFIRM: PAS Nizar is new Perak MB

Malaysiakini

Pasir Panjang state assemblyperson and Perak PAS secretary Mohamad Nizar Jamaludin was today confirmed as the new menteri besar of the state.

The decision was reached after the Regent of Perak Raja Nazrin Shah met with the three nominees for the post this evening.

The other two candidates for the post were state DAP chairperson and Sitiawan state assemblyperson Ngeh Khoo Ham and PKR’s Behrang assemblyperson Jamaluddin Mohd Radzi.

Also decided today is that Ngeh would be made the deputy mentri besar (1) while an Indian candidate would be made deputy mentri besar (2).

The new mentri besar will be sworn in at 4pm tomorrow.

Under the state constitution, the menteri besar has to be a Malay Muslim, but there is a provision that allows the sultan to waive the requirement.

Of a total of 59 state seats, DAP controls 18 seats while PKR has seven and PAS six, making a total of 31. The remaining 28 are in the hands of BN.

Nizar, Ngeh and Jamaluddin are presently holding a press conference.

Mar 10, 2008

BAKAL PEMIMPIN 2 NEGERI MENGADAP SULTAN

Pemangku Raja Perak Terima Menghadap Wakil PAS, DAP Dan PKR
bernama

IPOH, 10 Mac (Bernama) -- Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menerima menghadap wakil PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhasrat menubuhkan kerajaan campuran di Perak.

Rombongan yang menghadap Raja Dr Nazrin selama kira-kira 30 minit di Istana Kinta di sini diketuai Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang, Pengerusi PKR Perak Zulkfili Ibrahim dan Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham.

Tiga parti berkenaan telah mengumumkan cadangan membentuk kerajaan campuran selepas menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihan raya umum ke-12.

DAP menang 18, PKR 7 dan PAS 6 kerusi dan perlu membentuk kerajaan campuran kerana masing-masing tidak menguasai majoriti. Majoriti mudah yang diperlukan ialah sebanyak 30 kerusi.

Barisan Nasional (BN) pula hanya menang 28 kerusi berbanding 52 kerusi yang dikuasainya sebelum ini.

Ahmad berkata mereka telah memohon perkenan Pemangku Raja Perak untuk membentuk sebuah kerajaan campuran.

"Kami menghadap Baginda bagi mendapat perkenan membentuk kerajaan campuran dan telah mengemukakan nama calon Menteri Besar," katanya ringkas kepada pemberita di luar istana.

Turut serta menghadap ialah wakil rakyat dari Behrang (PKR), Jamaluddin Mohd Radzi, Pasir Panjang (PAS) Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Nga Kor Ming (DAP) Pantai Remis.

Mohammad Nizar yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti itu sebelum ini untuk menerajui kerajaan campuran yang bakal ditubuhkan.
Sementara, di Selangor pula ....
Tan Sri Khalid Menghadap Sultan Selangor
uarakeadilan

Shah Alam, 10 Mac - Tan Sri Khalid hari ini berjaya menghadap DYMM Sultan Selangor yang setuju secara dasarnya dengan pembentukkan kerajaan baru di Selangor. Pimpinan DAP dan Pas Selangor juga akan menghadap DYMM Sultan esok.

MB PAS DI PERAK ... RAFIDAH TAK BALIK KAMPUNG?

Wakil PAS Ir Nizar Jamaluddin, MB Perak baru
www.tranungkite.

PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal menubuhkan kerajaan campuran di Perak telah mencapai persetujuan untuk mencalonkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang mengesahkan kepada Bernama bahawa persetujuan itu dicapai dalam perbincangan antara pemimpin ketigatiga parti yang diadakan awal pagi ini.

"Persetujuan itu dibuat atas semangat kerjasama ketigatiga parti yang mahu menubuhkan kerajaan campuran di Perak," katanya ketika dihubungi hari ini berhubung pemilihan calon bagi jawatan Menteri Besar Perak. More...

http://www.nst.com.my/Sunday/Focus/20070909090944/insidepix1

No2umnO - Kalau MB Perak jadikan negeri Perak seperti Kelantan, mewajibkan tudung kepada wanita Islam, maka ramai lah ahli politik UMNO yang tak balik kampung termasuk Rafidah Aziz. Heheheh....seronok tengok Rafidah pakai tudung. Wajah nenek yang sepatutnya.

Mar 9, 2008

PAS JADI MB PERAK !!!

Kerajaan Campuran Perak Calonkan Wakil PAS Sebagai Menteri Besar
bernama.com

IPOH, 9 Mac (Bernama) -- PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal menubuhkan kerajaan campuran di Perak telah mencapai persetujuan untuk mencalonkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang mengesahkan kepada Bernama bahawa persetujuan itu dicapai dalam perbincangan antara pemimpin ketiga-tiga parti yang diadakan awal pagi ini.

"Persetujuan itu dibuat atas semangat kerjasama ketiga-tiga parti yang mahu menubuhkan kerajaan campuran di Perak," katanya ketika dihubungi hari ini berhubung pemilihan calon bagi jawatan Menteri Besar Perak.

Beliau berkata upacara mengangkat sumpah jawatan itu akan diadakan sebaik mendapat perkenan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Pada pilihan raya umum semalam, PAS menang enam kerusi DUN, DAP (18) dan PKR (tujuh) untuk mengumpul 31 kerusi iaitu lebih tiga kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 28 kerusi DUN. Pada pilihan raya 2004, BN menguasai 52 daripada 59 kerusi DUN dengan DAP menang tujuh kerusi.

PAS yang bertanding 21 kerusi DUN memenangi kerusi Pasir Panjang, Titi Serong, Gunung Semanggol, Selinsing, Lubuk Merbau dan Changkat Jong. PKR pula menang di Hutan Melintang, Behrang, Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Simpang Pulai, Teja dan Changkat Jering daripada 20 kerusi yang ditandinginya.

DAP menyapu bersih 18 kerusi DUN yang ditandinginya iaitu Jelapang, Pantai Remis, Sitiawan, Bercham, Buntong, Pasir Pinji, Aulong, Pokok Assam, Canning Garden, Pasir Bedamar, Sungkai, Jalong, Tebing Tinggi, Kepayang, Menglembu, Tronoh, Keranji, Malim Nawar.

Pakatan pembangkang di Perak turut menguasai 11 kerusi Parlimen manakala BN 13.

Calon PAS yang terpilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri ialah Dr Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong), Ramli Tusin (Gunung Semanggol), Husin Din (Selinsing), Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubok Merbau) dan Mohd Anuar Sudin (Changkat Jong).

Calon PKR yang menang pula ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham mempertahankan kerusi DUN Sitiawan selain menang kerusi Parlimen Beruas manakala Ketua Pemuda DAP Perak yang merampas kerusi Parlimen Taiping turut mempertahankan kerusi DUN Pantai Remis.

Persetujuan membentuk kerajaan campuran tiga parti itu diumumkan pada sidang akhbar bersama oleh ketiga-tiga pengerusi negeri PAS, DAP dan PKR, di pejabat DAP negeri di sini awal pagi ini.

Keputusan dua kerusi terakhir yang memberi kemenangan mutlak kepada pakatan itu, DUN Teja dan Simpang Pulai, kedua-duanya dimenangi calon PKR, diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada kira-kira pukul 4.30 pagi. Ngeh mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri Perak yang telah mengundi mereka.

Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang berkata rakyat membuktikan mereka mahukan perubahan setelah 50 tahun BN memerintah dan berjanji: "Kami akan buktikan kepada BN bahawa kerajaan baru lebih baik, adil, telus dan kepentingan rakyat tidak akan diketepikan."

Ahmad tidak bertanding dalam pilihan raya ini manakala Pengerusi PKR Perak Zulkifly Ibrahim tewas di DUN Bukit Chandan.

Pengerusi PKR Perak, Zulkifly Ibrahim berkata keputusan pengundian itu merupakan satu mesej rakyat supaya tiga parti pembangkang itu bersatu dan bermuafakat.

"Kami akan meletakkan kepentingan rakyat dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat mengikut ketetapan dan janji kami," katanya.

Sementara itu hingga kini, Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali masih belum memberi sebarang kenyataan kepada media dan masih berada di kediaman rasminya.

Tajol Rosli berjaya mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Hulu apabila memperolehi 6,769 undi untuk menewaskan calon PKR Lee Sing Long yang mendapat 2,124 undi.

Posting terkini

Blog Archive