KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 9, 2008

PAS JADI MB PERAK !!!

Kerajaan Campuran Perak Calonkan Wakil PAS Sebagai Menteri Besar
bernama.com

IPOH, 9 Mac (Bernama) -- PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal menubuhkan kerajaan campuran di Perak telah mencapai persetujuan untuk mencalonkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang mengesahkan kepada Bernama bahawa persetujuan itu dicapai dalam perbincangan antara pemimpin ketiga-tiga parti yang diadakan awal pagi ini.

"Persetujuan itu dibuat atas semangat kerjasama ketiga-tiga parti yang mahu menubuhkan kerajaan campuran di Perak," katanya ketika dihubungi hari ini berhubung pemilihan calon bagi jawatan Menteri Besar Perak.

Beliau berkata upacara mengangkat sumpah jawatan itu akan diadakan sebaik mendapat perkenan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Pada pilihan raya umum semalam, PAS menang enam kerusi DUN, DAP (18) dan PKR (tujuh) untuk mengumpul 31 kerusi iaitu lebih tiga kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 28 kerusi DUN. Pada pilihan raya 2004, BN menguasai 52 daripada 59 kerusi DUN dengan DAP menang tujuh kerusi.

PAS yang bertanding 21 kerusi DUN memenangi kerusi Pasir Panjang, Titi Serong, Gunung Semanggol, Selinsing, Lubuk Merbau dan Changkat Jong. PKR pula menang di Hutan Melintang, Behrang, Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Simpang Pulai, Teja dan Changkat Jering daripada 20 kerusi yang ditandinginya.

DAP menyapu bersih 18 kerusi DUN yang ditandinginya iaitu Jelapang, Pantai Remis, Sitiawan, Bercham, Buntong, Pasir Pinji, Aulong, Pokok Assam, Canning Garden, Pasir Bedamar, Sungkai, Jalong, Tebing Tinggi, Kepayang, Menglembu, Tronoh, Keranji, Malim Nawar.

Pakatan pembangkang di Perak turut menguasai 11 kerusi Parlimen manakala BN 13.

Calon PAS yang terpilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri ialah Dr Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong), Ramli Tusin (Gunung Semanggol), Husin Din (Selinsing), Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubok Merbau) dan Mohd Anuar Sudin (Changkat Jong).

Calon PKR yang menang pula ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham mempertahankan kerusi DUN Sitiawan selain menang kerusi Parlimen Beruas manakala Ketua Pemuda DAP Perak yang merampas kerusi Parlimen Taiping turut mempertahankan kerusi DUN Pantai Remis.

Persetujuan membentuk kerajaan campuran tiga parti itu diumumkan pada sidang akhbar bersama oleh ketiga-tiga pengerusi negeri PAS, DAP dan PKR, di pejabat DAP negeri di sini awal pagi ini.

Keputusan dua kerusi terakhir yang memberi kemenangan mutlak kepada pakatan itu, DUN Teja dan Simpang Pulai, kedua-duanya dimenangi calon PKR, diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada kira-kira pukul 4.30 pagi. Ngeh mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri Perak yang telah mengundi mereka.

Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang berkata rakyat membuktikan mereka mahukan perubahan setelah 50 tahun BN memerintah dan berjanji: "Kami akan buktikan kepada BN bahawa kerajaan baru lebih baik, adil, telus dan kepentingan rakyat tidak akan diketepikan."

Ahmad tidak bertanding dalam pilihan raya ini manakala Pengerusi PKR Perak Zulkifly Ibrahim tewas di DUN Bukit Chandan.

Pengerusi PKR Perak, Zulkifly Ibrahim berkata keputusan pengundian itu merupakan satu mesej rakyat supaya tiga parti pembangkang itu bersatu dan bermuafakat.

"Kami akan meletakkan kepentingan rakyat dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat mengikut ketetapan dan janji kami," katanya.

Sementara itu hingga kini, Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali masih belum memberi sebarang kenyataan kepada media dan masih berada di kediaman rasminya.

Tajol Rosli berjaya mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Hulu apabila memperolehi 6,769 undi untuk menewaskan calon PKR Lee Sing Long yang mendapat 2,124 undi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive