KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 9, 2008

DAH KALAH ... DAH KALAH - Abdullah

Abdullah terkedu, tak mampu jawab soalan wartawan
Wan Nordin Wan Yaacob
harakahdaily

KOTA BHARU, 9 Mac (Hrkh) - pengerusi BN, Dato' SeriA bdullah Ahmad Badawi terkedu dengan hujan soalan yang diutarakan wartawan semasa sidang media yang diadakan di PWTC sebentar tadi (jam 3.05 pagi).

Antara soalan yang dikemuka wartawan ialah, 'apakah keputusan ini satu protes rakyat kepada kerajaan' beliau hanya berkata, "macam-macamlah.

Sementara bercakap mengenai isu beberapa pemimpin parti komponen BN yang tewas di Parlimen masing-masing, Abdullah hanya berkata "dah kalah, kalah lah".

Begitu juga persoalan yang membabitkan isu adakah adanya tekanan terhadap beliau supaya melepaskan jawatan berukitan kekalahan teruk Umno/BN, Abdullah hanya menjawab 'tiada'.

Air muka Abdullahsudah cukup membayangkan bahawa ini adalah satu petanda malang kepada Umno/BN apabila terlalu angkuh kepada rakyat.

Memetika kata-kata Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim bahawa Abdullah perlu mengubati kemelut yang melanda BN yang mengakibatkan kalah besar di beberapa buah negeri.

Persolakan dalamUmno/BN tidak dinafikan antara punca kekalahan mereka selain faktor kuasa rakyat yang menolak keangkuhan Umno/BN.

Berbeza dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengadakan sidang media di Kota Bharu jam 11.45 malam tadi (8 Mac) yang cukup tenang dan penuh syukur dengan kemenangan besar PAS dan KeADILan di Kelantan dan di beberapa negeri lain.

Ayat-ayat Al-Quran dan dia mengiringi hujah-hujah dan kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang ditemani Naib Presiden PAS, Dato' Husma Musa, Dato' Ahmad Yaakob, Dato' Kamarudin Jaffar dan Abdul Fatah Harun.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive