KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 9, 2008

Pembangkang Bentuk Pakatan Di Selangor, Tan Sri Khalid MB Baru

KeADILan

Selangor, 9 Mac - Pakatan parti-parti pembangkang yang dipimpin oleh KeADILan telah menyaksikan calon-calon daripada KeADILan, PAS dan DAP telah berjaya memenangi 36 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Selangor.

Ini berikutan pencapaian memberangsangkan KeADILan dengan 15 kerusi, DAP 13 kerusi dan PAS 8 kerusi.

Sehubungan dengan itu sebuah kerajaan baru akan ditubuhkan untuk mentadbir negeri Selangor yang sebelum ini diperintah oleh Barisan Nasional (BN).

Pakatan pembangkang bersetuju untuk mewujudkan satu pakatan bagi membentuk kerajaan baru negeri Selangor dengan Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim bakal mengetuai pakatan tersebut.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh beliau, Khalid menyatakan bahawa beliau akan menghadap dan memohon perkenan DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah Al-haj untuk menubuhkan kerajaan baru Negeri Selangor.

“Selanjutnya, saya akan bertemu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi urusan pengambilalihan tugas pengurusan dan petadbiran kerajaan negeri Selangor dengan tertib dan teratur,” jelas beliau lagi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive